Usahawan luaskan pasaran ikan keli

PASIR MAS 24 Okt. – Bermula dengan 22 tangki fiber dua tahun lepas, AZZ Marketing Sdn. Bhd. yang mengusahakan perniagaan produk berasaskan ikan keli di sini, bakal meluaskan pasarannya ke seluruh negara tidak lama lagi.

Pengarah Urusannya, Abdul Khairil Ridzuan Abdul Rahim berkata, hasrat itu akan terlaksana apabila pembinaan bangunan ibu pejabat syarikat bernilai RM8 juta siap dan beroperasi sepenuhnya dalam masa terdekat.

“Buat masa ini pasaran produk kami seperti keropok, serunding, popia, bebola ikan dan sosej yang diperbuat daripada ikan keli dijual di tapak pemprosesan di Kampung Kiat, Bunut Susu dan di Tesco Kota Bharu.

“Sambutan di Tesco ini amat menggalakkan dan meningkatkan keyakinan kami untuk meluaskan pasaran,” katanya.

Mengulas sejarah syarikat, beliau berkata perniagaan itu bermula di atas tanah seluas suku ekar dengan modal RM360,000 yang menyaksikan ikan keli dibela dalam tangki fiber.

Kini AZZ Marketing mempunyai lapan cawangan penternakan ikan keli di seluruh Kelantan serta sebuah cawangan terbesar di Sitiawan, Perak yang dibina di atas tanah seluas empat hektar dengan 600 buah kolam, kata beliau.

“Tempat kita memulakan perniagaan ini akan dijadikan pusat pemasaran ikan keli terbesar di Kelantan. Kita juga merancang untuk menjadikan tempat ini sebagai produk ekopelancongan,” katanya.

Abdul Khairil Ridzuan berkata, AZZ Marketing juga meluaskan bidang perniagaan dengan membuka pusat penginapan bertaraf tiga bintang Aleesya Inn di Jalan Sri Cemerlang, Kota Bharu serta rumah inap desa di Pelangi Mall yang terletak di pinggir Sungai Kelantan.

“Kami sekeluarga bermula dari bawah dua tahun lepas iaitu dengan hanya 22 tangki fiber berisi ikan keli. Apa yang kami kecapi sekarang membuktikan usahawan bumiputera boleh berjaya asal saja mahu berusaha,” katanya. – BERNAMA

This entry was posted in Pelbagai. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s