Ikan Keli, Ikan Keli Afrika, Ikan Keli Kayu, Ikan keli kampung.

Kolam Konkrit

Ini adalah salah cara kaedah penternakan ikan air tawar yang boleh mendatangkan hasil Lumayan buat penternak-penternak ikan di seluruh malaysia, kaedah ini senang,jimat,mudah diuruskan kerana cara penternakkannya sangat senang diuruskan, ia juga boleh dibina dibelakang rumah, tepi rumah dan dimana-mana boleh asalkan tidak mengganggu jiran sebelah rumah.harga kos kos memang agak mahal sedikit berbanding kolam tanah kerana ia memerlukan modal besar sedikit untuk membinanya.

Kaedah sesuai dilakukan buat bakal-bakal penternak yang tidak mempunyai ruang tanah yang besar yang ingin dan mempunyai kemahuan menternak ikan air tawar. Kolam Konkrit amat sesuai untuk ternakan ikan keli,keli afrika, ikan keli kayu, ikan keli kampung dan bermacam-macam lagi spesis ikan air tawar.

Untuk pengetahuan hasil kajian yang kami lakukan terhadap kolam konkrit, kolam konkrit berupaya menyah klorin dalam masa agak singkat sekitar 1 hingga  hari sahaja, anda tidak perlu lagi untuk menabur anti klorin ke kolkam konkrit anda ini kerana kolam-kolam simen yang mempunyai lumut hijau di tepi kolam dan dasar klam boleh menyerap klorin ini sekiranya anda menternak ikan menggunakan sumber dari air paip berbandaing mereka yang menggunakan sumber air dari air sungai, air hujan dan sebagainya.

Kandungan klorin akan cepat dinyahkan dan anak ikan boleh dilepaskan pada hari ke-3 bergantung kepada keluasan kolam ternakan anda. Ia juga menjimatkan modal dan mempercepatkan pembesaran anak ikan keli kerana air tangkukan hanya dilepaskan sedikit demi sedikit keluar, air yang terdapat minyak dam sumber protin pallet masih lagi terkumpul di dalam kolam tersebut dan ia masih boleh digunakan untuk anak-anak ikan keli menghisap air tersebut diatas permukaan air ini yang dikatakan jimat. disamping itu juga ia mempunyai system overplow, kemasukan air juga dapat dikawal parasnye mingikut saiz anak benih ikan keli itu sendiri.

HARGA IKAN KELI

Harga ikan keli paling murah yang menggunakan pallet masih lagi sekitar Rm 4.00 setakat ini, harga ini dari ladang, harga ikan keli boleh mencecah hingg Rm 6.50 bergantung kepada permintaan adakalanya jatuh sampai Rm 2.80 untuk sekilogram.

Harga-harga ikan keli ini bergantung kepada penternak itu sendiri yang menjualnya, dia lah layak yang menentukannya, kalau ada lagi yang nak murah terpaksa lah diberikan makan perut ayam rebus bagi menampung kos pallet yang dikatakan terlalu mahal sehingga pada hari ini amat membebankan penternak-penternak ikan air tawar

Harga Minyak Naik mungkin inilah punca segala punca nya agaknya, namun kami sebagai penternak ikan air tawar mencari pelbagai kaedah memperoses makanan ikan keli ini secara altenatif.

IKAN KELI SUNGAI

Kalau ikan keli sungai sudah tentulah daging nya lagi special, boleh juga dijual sampai Rm12 sekilogram, Ikan keli sungai adalah ikan keli kampung, saiz nya agak kecil sedikit dari ikan keli bunga dan keli afrika, sukar juga menetukan Induk Jantan dan Betina, ia berbisa kata orang.

Mungkin ada juga orang menternak ikan keli di tepi sungai ini juga dipanggil ikan keli sungai, namun risiko memang tinggi, anda berisiko dengan banjir, gangguan binatang buas seperti Biawak, Buaya, Ular Sawa dan bermacam-macam lagi haiwan.Mungkin ada juga yang masih menternak ikan keli di tepi sungai, mungkin sumber air sungai kecil dan sederhana tidak berapa dalam dan sebagainya.

PEMBIAKAN BENIH IKAN KELI

Ikan keli boleh dibiakan secara semulajadi dikolam tanah tanpa anda perlu membuat suntikan keatas nya, namun kaedah ini agak terlalu lambat untuk membiakkan anak benih ikan keli. Kecanggihan Teknologi kini terdapat 2 jenis Pembiakan Ikan Keli dapat dilakukan iaitu Pembenihan Ikan keli Secara Aruhan  yang mana Induk Jantan perlu dibedah untuk mengeluarkan Sperm dan manakala Induk Betina telor nya diperahkan bagi mengeluarkan telor telor ikan ini dan kaedak ke-2 pula boleh dilakukan Pembenihan Ikan Keli secara SEMULAJADI, ini juga perlu suntikan dan hasil peratus jadi memang tinggi namun kaedah ini sangat jimat,mudah dan senang dilakukan. Induk jantan tidak perlu dibedah untuk mengeluarkan sperm nya. Sekian,terima kasih selamat membaca.

This entry was posted in keli. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s