Posted by: benihkeli | Oktober 17, 2011

MPV bantu pelajar khas berdikari

PASIR MAS 19 Ogos – Mata pelajaran vokasional (MPV) seperti projek batik, perkhidmatan dobi dan ternakan ikan keli yang diajar kepada pelajar khas di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim 2 di sini akan dapat membantu mereka mencari kerjaya selepas tamat pengajian kelak.

Penolong Kanan Pentadbiran Khas sekolah berkenaan, Johari Hashim berkata, projek MPV yang dilaksanakan sejak 12 tahun lalu pada mulanya hanya membabitkan pelajar seramai empat orang, tetapi kini bertambah kepada 94 orang.

“Kita menekankan empat MPV iaitu penternakan ikan, mencanting batik, penanaman orkid dan mendobi. Ternyata hasil yang diperoleh menunjukkan kesan positif bukan sahaja kepada pelajar pendidikan khas di sekolah ini, malah ia berjaya mengubah persepsi dunia luar tentang anak-anak orang kurang upaya (OKU),” katanya pada program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran SMK Sultan Ibrahim 2 di sini baru-baru ini.

Selaras dengan tema ‘Insan istimewa cakna bersama’, Johari berkata, meskipun pencapaian akademik di kalangan mereka agak terbatas, MPV dilihat memberi rangsangan positif kepada minda mereka untuk lebih kreatif.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.