Resipi kejayaan penternak keli

Posted: Oktober 7, 2013 in Sumber Berita

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
agro@utusan.com.my
Gambar AZLAN HADI ABU BAKAR

 

Hasilkan pelet sendiri untuk kurangkan kos makanan

PENINGKATAN harga makanan ikan mendorong Ibrahim Ahmad, 51 pengusaha ternakan ikan keli menjalankan pelbagai uji kaji bagi menghasilkan makanan terbaik untuk ikan peliharaannya.

Berbekalkan sedikit pengetahuan yang diperoleh ketika menghadiri beberapa kursus anjuran Jabatan Perikanan, Ibrahim berjaya menghasilkan makanan ikan sendiri.

Bermula dengan penggunaan campuran hampas kacang soya, tepung gandum, sedikit minyak masak, ikan baja, PKC (palm kernel cake) dan sedikit sayuran kini Ibrahim mampu berbangga dengan resipi ciptaannya sekurang-kurangnya untuk kegunaan sendiri.

Selain bahan-bahan tersebut, roti yang telah luput tarikh serta hampas kelapa juga turut digunakan bagi memastikan kadar protein yang tinggi diperolehi ikan yang diternak.

Dalam pada itu sayuran seperti daun ubi kayu juga turut digunakan bagi meningkatkan kandungan fiber di dalam manakan yang dihasilkan.

Menurut Ibrahim, makanan ikan yang diproses sendiri lebih menjimatkan kerana bahan-bahan yang digunakan ditentukan sendiri mengikut bajet dan keperluan.

“Selain bahan-bahan tersebut saya juga menggunakan jagung dan juga ubi kayu bagi memudahkan pelet terbentuk (melekat).

“Dua bahan tersebut mampu menjadikan pelet yang diproses tidak terlerai ketika diadun,” katanya ketika ditemui di ladang projek ternakan ikan keli dan tilapia yang diusahakan di Padang Keladi, Durian Tunggal, Melaka baru-baru ini.

Beliau dikunjungi oleh wakil Jabatan Perikanan dan pertubuhan media yang mengikuti program Kembara Media Perikanan 2013 anjuran jabatan tersebut ke beberapa projek di sekitar Johor, Negeri Sembulan dan Melaka baru-baru ini

Jelasnya, makanan ikan yang diproses sendiri mampu menjimatkan kos penyediaan makanan dari 40 hingga 60 peratus.

Justeru penyediaan bahan makanan dari bahan-bahan tersebut mampu mengurangkan kos tersebut.

Ladang ternakan ikan keli Ibrahim kini mengeluarkan hasil sekitar satu tan seminggu kerana permintaan yang tinggi diterima olehnya.

Manakala pengeluaran bagi ikan tilapia mencecah 200 kg seminggu menjadikan kos penyediaan makanan ikan amat tinggi.

Malah, bagi menampung permintaan yang tinggi, serta kerja-kerja yang ada, Ibrahim mengambil tiga orang pekerja bagi memudahkannya menyelia ladang ternakan ikan tersebut.

Biarpun harga makanan ikan sentiasa meningkat, sebagai penternak, dia tidak boleh menaikkan harga ikan sesuka kerana terikat dengan perjanjian selain akan menimbul rasa kurang senang di kalangan pembeli.

Apa yang boleh dilakukan olehnya adalah mencari alternatif lain bagi menampung kos harga makanan ikan yang semakin meningkat.

“Kini saya hanya membeli makanan ikan untuk permulaan sahaja (starter), setelah itu ikan akan diberi makanan yang diproses sendiri,” katanya.

Ibrahim yang memiliki latar belakang kontraktor binaan sebelum ini kelihatan tidak kekok menguruskan ladang ternakan ikan keli berikutan minatnya yang mendalam terhadap bidang tersebut sehingga mampu bergelar pengusaha ternakan keli dikenali di sekitar Melaka.

Sehingga kini, hampir 16 buah sekolah di sekitar Durian Tunggal, Melaka mengambil stok ikan keli daripadanya berikutan proses ternakan yang dilakukan olehnya lebih menyakinkan serta halal.

Ujarnya, terdapat sesetengah pengusaha ternakan ikan yang menggunakan tepung yang diproses daripada darah bagi mempercepatkan tumbesaran ikan.

Biarpun tepung tersebut dikatakan memiliki kadar protein yang tinggi namun status halalnya diragui kerana ada kemungkinan campuran darah khinzir juga turut digunakan,” katanya.

“Jabatan sentiasa melakukan pemeriksaan dengan mengambil sampel ikan untuk dianalisis sebanyak dua kali dalam setahun untuk memastikan ikan yang dihasilkan memenuhi piawaian ditetapkan.

Sehingga kini, Ibrahim telah menyertai hampir 12 kursus yang dianjurkan oleh pihak jabatan, dan masih terus berhubung dengan pegawai yang terlibat dalam usaha menambah baik mutu ternakannya.

Melihatkan perniagaan yang semakin berkembang maju, Ibrahim berhasrat untuk menambah kolam pengeluaran yang sedia ada bagi menampung permintaan orang ramai terhadap ternakannya.

Rimbunan Kasih diperluas

Posted: Jun 28, 2013 in keli

KUALA LIPIS 23 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan memperluaskan program Rimbunan Kasih dalam mengubah kehidupan masyarakat di luar bandar sejajar dengan konsep pembangunan terbaharu alaf ke-21.

Perdana Menteri berkata, pembangunan yang akan dilaksanakan itu mahu melihat kehidupan masyarakat terlibat menikmati kemudahan yang turut dirasai di bandar.

“Pemilihan Kampung Tanjung Besar di sini dalam program Rimbunan Kasih merupakan salah satu perintis pemodenan transformasi luar bandar dengan membawa kebaikan kepada masyarakat di situ.

“Program ini sebagai role model atau projek teristimewa yang boleh dijadikan contoh kepada konsep pembangunan luar bandar alaf ke-21 sebelum diperluaskan ke seluruh negara,” katanya ketika berucap merasmikan program Rimbunan Kasih di Kampung Tanjung Besar di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Syukri Mohd. Salleh.

Projek bernilai RM37 juta itu mula dibangunkan pada April tahun lalu di kawasan seluas 14 hektar dan siap enam bulan kemudian dengan menempatkan 71 peserta terdiri daripada golongan miskin di daerah ini.

Antara projek pertanian dilaksanakan ialah tanaman golden melon, halia dan herba menggunakan teknologi autopot.

Bagi akuakultur pula, pembiakan ikan secara akuaponik seperti talapia merah, keli dan jade perch iaitu spesies ikan yang tinggi kandungan Omega 3 dari Australia serta penternakan ayam akan dijalankan.

Najib berkata, kejayaan program itu adalah hasil perkongsian pintar antara Kerajaan Pusat, kerajaan negeri dan syarikat swasta dalam merealisasikan pemodenan di luar bandar.

SEGAMAT 27 Feb. – Ramai yang tidak tahu lukah boleh digunakan untuk menangkap semua jenis ikan sungai terutamanya di dasar sungai berarus sederhana dan dibiarkan semalaman atau lebih sebelum diangkat.

Selalunya mulut lukah atau bahagian yang dipasang injap akan dihalakan ke arah hilir sungai kerana ikan selalunya akan menongkah arus dan memasuki lukah dan terperangkap.

Seorang nelayan sungai di Kampung Chodan, Pogoh, Hamdan Abd. Rahman, 51, berkata, lukah merupakan alat utama yang digunakan untuk menangkap ikan walaupun dia turut memasang rawai, tajur dan tapuk.

Dia mengakui lukah adalah alat yang paling mudah dan memberi pulangan yang baik apabila lukahnya pernah dimasuki hampir 80 kilogram ikan baung yang dijual dengan harga RM22 sekilogram (kg).

“Saya pasang 10 lukah pelbagai saiz di Sungai Chodan dan akan mengangkatnya setiap pagi bagi mengutip ikan yang terperangkap sebelum menjual kepada peraih yang sedia menunggu di pangkalan.

“Baung merupakan spesies yang paling banyak terperangkap di dalam lukah berbanding yang lain seperti lampam, tengalan, keli dan petutu yang banyak terdapat di sungai ini,” katanya yang lebih 20 tahun menjadi nelayan sungai.

Dia membuat semua lukahnya sendiri dan tidak pernah membeli daripada orang lain dan ilmu membuat lukah diperturunkan arwah bapanya yang juga seorang nelayan sungai.

Lukah yang dipasang Hamdan adalah pelbagai saiz bergantung pada spesies ikan yang mahu ditangkap seperti tapah yang boleh mencecah berat sehingga 50 kg.

“Selalunya lukah untuk menangkap ikan tapah memerlukan buatan yang kukuh kerana spesies ikan itu ganas dan kuat serta mampu memecahkan lukah jika bahan yang digunakan tidak kukuh serta pembuatan yang tidak kemas,” katanya.

Hamdan memberitahu, sebuah lukah tapah mempunyai ukur lilit sehingga tiga meter dan panjang hampir empat meter serta memakan masa kira-kira sebulan untuk disiapkan.

“Lukah tapah selalunya hanya dipasang pada November hingga Februari kerana waktu tersebut musim tengkujuh atau banjir dan ikan tapah agak aktif.

“Jika bernasib baik, lukah yang dipasang akan dimasuki sehingga dua atau tiga ekor tapah dalam satu-satu masa dan adakalanya mencecah berat 40 kg seekor dan boleh dijual dengan harga RM50 setiap kg,” katanya.

Namun katanya, jumlah tangkapan kini semakin berkurangan kerana banyak aktiviti seperti pembangunan di hulu sungai dan kegiatan meracun oleh pihak tidak bertanggungjawab menyumbang kepada kepupusan ikan berbanding 20 tahun lalu.

TANAH MERAH 15 Feb. – Kelantan mengalami kekurangan bekalan ikan air tawar berikutan kekurangan benih ikan, di samping harga makanan ikan yang sentiasa meningkat.

Pengarah Perikanan negeri, Datuk Mohamad Mat Seman berkata, berbanding bekalan ikan laut berada pada tahap stabil iaitu sebanyak 80,000 tan setahun, sebaliknya bekalan ikan air tawar hanya sekitar 3,000 hingga 4,000 tan setahun.

Katanya, tidak dinafikan bahawa ikan air tawar kurang mendapat sambutan di negeri ini tetapi berikutan penerangan dan promosi yang dilaksanakan kerajaan, ikan jenis tersebut semakin mendapat sambutan.

Malah katanya, semakin banyak restoran termasuk di kawasan pantai dan pedalaman di negeri ini yang menyediakan hidangan ikan tawar bagi memenuhi permintaan pelanggan mereka.

“Justeru penternak ikan air tawar di negeri ini perlu merebut peluang menternak ikan berkenaan bagi memenuhi pasaran dalam dan luar Kelantan,” katanya berucap dalam Mesyuarat Agung Persatuan Ikan Air Tawar Negeri Kelantan (PIKAT) di Dewan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tanah Merah di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Ketua Jajahan Tanah Merah, Zamri ismail. Yang turut hadir, Pengerusi PIKAT, Maimun Awang dan Timbalannya, Aziz Rashid.

Menurut Mohamad, penternak ikan air tawar perlu melengkapkan diri mereka dengan pelbagai maklumat mengenai industri berkenaan termasuk dalam aspek memproses benih ikan.

“Semua jenis ikan air tawar antaranya, keli, tilapia merah, tilapia hitam, jelawat, patin menjadi kegemaran ramai dan boleh diternak dengan banyaknya.

“Tambahan pula, harga pasaran ikan tersebut juga amat baik, seperti keli, kini berharga RM5 sekilogram berbanding harga borong sekitar RM3 sekilogram,” katanya.

Oleh ABD. RAZAK OSMAN
utusankedah@utusan.com.my

SEBAHAGIAN peserta dan jawatankuasa penganjur program Jom Mengail Batas Ban di Kampung Kuala Sedim, Karangan Kulim, Kedah baru-baru ini.

KULIM 20 Feb. – Program Jom Mengail Batas Ban yang disertai hampir 200 penduduk di Kampung Kuala Sedim, Karangan Jalan Kulim-Baling di sini berlangsung meriah baru-baru ini.

Program anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKKP) Kuala Sedim mukim Sidam Kanan itu turut disertai penduduk Kampung Sungai Karangan, Bukit Karangan, Paya Union, Lesong Tujuh dan Paya Jemerli.

Pengerusi JKKKP Kampung Kuala Sedim, Md. Isa Hashim, 50, berkata, acara yang disusun mulai pukul 9 pagi hingga tengah hari itu berjalan lancar dan berjaya mengeratkan hubungan antara penduduk tempatan.

“Semua peserta gembira dengan aktiviti ini dan mereka berharap ia diadakan lagi pada masa akan datang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Menurutnya, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dan Komuniti 1Malaysia Ladang Padang Meha, Jabatan Penerangan daerah Kulim turut memberi kerjasama bagi memeriahkan acara tersebut.

Katanya, acara mengai ikan keli dan patin itu bermula kira-kira pukul 9 pagi dengan menawarkan 54 hadiah menarik untuk pemenang.

Sebanyak 100 kilogram (kg) ikan keli dan 20 kg ikan patin dilepaskan sebelum peserta dibenar memancing ikan-ikan itu.

Pelajar, Mohd. Hakimi Firdaus Osman, 15, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lunas berkata, dia meraih hadiah RM25 setelah mendapat dua ekor ikan keli dalam acara terpantas memancing ikan di situ.

“Jika program begini boleh diadakan selalu, ia pasti menceriakan penduduk tempatan, termasuk murid dan pelajar sekolah rendah dan menengah di kawasan sekitar,” katanya.

Peserta wanita, Norlia Mokhtar, 40, dari Taman Kenangan berkata, dia gembira kerana hanya dalam masa sejam berjaya menaikkan seekor ikan patin menggunakan umpan cacing.

“Walaupun hasrat mendapat ikan patin seberat tiga kilogram tidak berjaya tetapi saya puas hati kerana hanya saya seorang sahaja yang mendapat ikan patin,” katanya.

Seorang suri rumah, Rohani Abu Bakar, 40, dari Merbau Pulas berkata, dia sering memancing ikan puyu sahaja dalam parit berhampiran rumahnya.

“Tetapi dalam masa tiga jam mengail di sini, baru dapat seekor ikan keli tetapi saya seronok kerana ada peserta lain tidak dapat seekor pun ikan itu,” katanya.

Dalam program itu, Pengerusi Alumni Majlis Belia Negeri (MBN) Kedah, Ku Rashidi Ku Mat Isa turut menyediakan 12 hadiah berupa wang tunai kepada mereka yang pantas mendapat ikan keli dan patin.

Seorang guru, Roslan Ahmad dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Karangan yang menjadi salah seorang urus setia berkata, hadiah seperti basikal, barangan elektrik dan hamper turut disediakan kepada pemenang dan disampaikan Penyelaras Parlimen Padang Serai, Dr. Chin Tung Leong dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Merbau Pulas, Halim Hasan.

SEGAMAT 27 Feb. – Ramai yang tidak tahu lukah boleh digunakan untuk menangkap semua jenis ikan sungai terutamanya di dasar sungai berarus sederhana dan dibiarkan semalaman atau lebih sebelum diangkat.

Selalunya mulut lukah atau bahagian yang dipasang injap akan dihalakan ke arah hilir sungai kerana ikan selalunya akan menongkah arus dan memasuki lukah dan terperangkap.

Seorang nelayan sungai di Kampung Chodan, Pogoh, Hamdan Abd. Rahman, 51, berkata, lukah merupakan alat utama yang digunakan untuk menangkap ikan walaupun dia turut memasang rawai, tajur dan tapuk.

Dia mengakui lukah adalah alat yang paling mudah dan memberi pulangan yang baik apabila lukahnya pernah dimasuki hampir 80 kilogram ikan baung yang dijual dengan harga RM22 sekilogram (kg).

“Saya pasang 10 lukah pelbagai saiz di Sungai Chodan dan akan mengangkatnya setiap pagi bagi mengutip ikan yang terperangkap sebelum menjual kepada peraih yang sedia menunggu di pangkalan.

“Baung merupakan spesies yang paling banyak terperangkap di dalam lukah berbanding yang lain seperti lampam, tengalan, keli dan petutu yang banyak terdapat di sungai ini,” katanya yang lebih 20 tahun menjadi nelayan sungai.

Dia membuat semua lukahnya sendiri dan tidak pernah membeli daripada orang lain dan ilmu membuat lukah diperturunkan arwah bapanya yang juga seorang nelayan sungai.

Lukah yang dipasang Hamdan adalah pelbagai saiz bergantung pada spesies ikan yang mahu ditangkap seperti tapah yang boleh mencecah berat sehingga 50 kg.

“Selalunya lukah untuk menangkap ikan tapah memerlukan buatan yang kukuh kerana spesies ikan itu ganas dan kuat serta mampu memecahkan lukah jika bahan yang digunakan tidak kukuh serta pembuatan yang tidak kemas,” katanya.

Hamdan memberitahu, sebuah lukah tapah mempunyai ukur lilit sehingga tiga meter dan panjang hampir empat meter serta memakan masa kira-kira sebulan untuk disiapkan.

“Lukah tapah selalunya hanya dipasang pada November hingga Februari kerana waktu tersebut musim tengkujuh atau banjir dan ikan tapah agak aktif.

“Jika bernasib baik, lukah yang dipasang akan dimasuki sehingga dua atau tiga ekor tapah dalam satu-satu masa dan adakalanya mencecah berat 40 kg seekor dan boleh dijual dengan harga RM50 setiap kg,” katanya.

Namun katanya, jumlah tangkapan kini semakin berkurangan kerana banyak aktiviti seperti pembangunan di hulu sungai dan kegiatan meracun oleh pihak tidak bertanggungjawab menyumbang kepada kepupusan ikan berbanding 20 tahun lalu.

Rahsia Nasi Lemak Ujang

Posted: April 2, 2013 in Suntingan Berita

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar ZAINI HUSIN

Noraishah Mohd. Nor melayan pelanggan di Restoran Nasi Lemak Ujang, di Bandar Baru Selayang, Selangor.

NASI lemak pada masa kini bukan lagi hanya dimakan semasa sarapan pagi. Setiap masa sama ada pagi, tengah hari, petang, malam atau lewat malam, nasi lemak tetap disukai.

Jika anda merupakan penggemar tegar nasi lemak dan tinggal di sekitar Gombak, Batu Caves atau Selayang, Selangor, nama Nasi Lemak Ujang bukan sesuatu yang baharu.

Nasi Lemak Ujang sebenarnya sudah mencipta nama apabila memulakan perniagaan di Taman Greenwood, Gombak, Selangor, sejak tahun 1981.

Pastinya ada rahsia tersendiri bagaimana nasi lemak itu masih bertahan dan menawan hati penggemarnya walaupun kini telah menjangkau usia 32 tahun.

Perniagaan nasi lemak yang dimulakan oleh Juairiah Mohd. Sharif, 60, kini diteruskan oleh anak perempuannya, Noraishah Mohd. Nor, 43, setelah Juairiah kini uzur.

Noraishah yang ditemui di cawangan kedua Nasi Lemak Ujang di Bandar Baru Selayang (BBS) berkata, memandangkan sambutan yang tidak menang tangan di Taman Greenwood, beliau terfikir untuk membuka cawangan di BBS.

Sebelum itu, beliau pernah berniaga di belakang Hotel Concorde dan sambutan yang diterima juga terlalu amat menggalakkan. Malangnya gerai tersebut terpaksa di tutup kerana kekurangan pekerja.

”Saya tinggal di BBS dan apa yang saya lihat masih belum ada lagi orang yang menjual nasi lemak pada waktu malam di sekitar sini. Pada mulanya saya hanya membuka gerai sahaja dan kemudian menyewa ruang kecil di restoran ini.

”Bagaimanapun pemilik restoran ini mempelawa supaya saya menyewa keseluruhan restoran ini kerana dia sendiri melihat setiap hari ramai yang datang berbaris untuk membeli nasi lemak. Dia sendiri penggemar Nasi Lemak Ujang,” kata anak sulung daripada lima beradik itu.

Menurut Noraishah yang pernah bekerja di sebuah hotel di ibu negara, memang sejak muda lagi dia selalu membantu ibunya membuat nasi lemak.

Apabila keadaan kesihatan ibunya tidak mengizinkan, ibunya meminta dia untuk mengambil alih. Bagaimanapun ketika itu, dia masih bekerja.

”Suami (Mohamad Yusni Haron) yang banyak mendorong saya untuk meneruskan perniagaan Nasi Lemak Ujang ini.

”Setahun saya belajar memasak dan kemudian mengambil alih sepenuhnya memandangkan adik-beradik lain tidak berminat.

”Suami yang turut berhenti kerja kini membantu sepenuhnya. Saya memasak semua lauk-pauk sementara suami memasak nasi,” kata Noraishah yang turut dibantu oleh enam orang pekerja.

Setiap hari dia memasak sehingga 100 kilogram beras untuk nasi lemak di gerai di Taman Greenwood dan restoran di BBS.

Cara memasak nasi lemak itu amat rumit di mana beras akan direndam selama setengah jam, ditos, dikukus separuh masak, kemudian direndam pula dalam air panas, dikacau sekejap, ditos semula, disiram air sejuk hingga beras sejuk.

Beras kemudian dikukus semula dan setelah itu dituang santan yang telah dimasak dahulu ke atas nasi dan dibiarkan 15 minit sehingga santan dan nasi mesra.

Inilah rahsia kelazatan Nasi Lemak Ujang. Walaupun cara pembuatannya rumit, namun hasilnya sehingga licin pinggan.

Nasi Lemak Ujang boleh dimakan dengan lauk nasi lemak biasa tetapi terdapat juga beberapa jenis lauk-pauk yang memang menyelerakan seperti sambal sotong, sambal udang, sambal kerang, rendang ayam, rendang daging, rendang limpa, paru goreng berlada, ayam masak merah, ikan keli goreng, ayam goreng dan bergedil.

Dalam sehari, lima hingga enam tong nasi lemak habis dijual di mana setiap satu tong adalah untuk 100 orang. Selain mempunyai pelanggan tetap, Nasi Lemak Ujang amat disukai oleh kaum Cina.

”Banyak permintaan untuk francais terutamanya daripada pelanggan Cina tetapi saya rasa cukuplah dua ini sahaja kerana hendak memfrancais perniagaan ini bukannya senang. Takut pula jika rasanya nanti tidak sama,” ujar Noraishah yang memberitahu, terbaharu dia menerima katering daripada sebuah restoran di Hotel Genting Highlands untuk nasi lemaknya.

Noraishah boleh dihubungi di 017-3337791 atau facebook Nasi Lemak Ujang.