Kedah mahu eksport ikan patin, keli

Posted: Januari 11, 2009 in pembeli keli

BALING Kedah merancang untuk membangunkan kawasan ternakan eksport ikan patin dan keli terutama untuk pasaran Asia Barat.Menteri Besar, Azizan Abdul Razak berkata, kerajaan negeri sedang berbincang dengan sebuah syarikat dari Amerika untuk menjalankan projek komersial itu di Tasik Pedu yang melibatkan kos sebanyak RM13 juta.

“Kerajaan negeri sedang berbincang untuk melaksanakan projek itu dengan sebuah syarikat bagi menjadikan Kedah negeri pengeluar ikan patin dan keli,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan geran tanah kepada 29 penduduk di daerah ini, di sini hari ini.

Katanya, selain pasaran Asia Barat kerajaan negeri juga yakin produk tersebut akan diperluaskan ke negara-negara lain.

“Kita berhasrat untuk menjadikan Kedah negeri pengeluar ikan patin dan keli terbesar dalam negara ini,” ujarnya.

Tambahnya, syarikat pelabur terbabit telah mengenal pasti kawasan di Tasik Pedu dan berminat untuk menjalankan projek tersebut.

Azizan berkata, selain kerjasama dengan syarikat terbabit kerajaan negeri mahu kawasan MADA di negeri boleh digunakan sebagai kawasan ternakan ikan keli sekali gus membantu kerajaan negeri.

Katanya, kawasan anak-anak sungai yang berpotensi untuk dimajukan dengan ternakan ikan itu akan turut dikenal pasti.

Dalam pada itu kerajaan Kedah akan terus menarik golongan pelabur dalam pelbagai bidang menanam modal di negeri ini.

Komen-komen
  1. keli oh keli berkata:

    MAKANAN IKAN KELI JIMAT KOS!!!

    Dapatkan bekalan terus dari kami :

    Makanan ikan keli HANYA RM 1 per KG.
    ……1 beg 25 kg = RM 25

    Kompleks Pengumpulan Ladang FAMA,Merbau Kudung,13800 Sungai Dua,Pulau Pinang.

    hubungi:0174684551(Mus)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s