4 ikan keli gergasi dilepaskan

Posted: Januari 11, 2009 in pembeli keli

SALAH seekor daripada empat ikan keli gergasi yang dilepaskan di Sungai Mekong, Phnom Penh, Kemboja semalam. – Gambar AP.

PHNOM PENH 15 Jun – Aktivis pemulihan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) hari ini melepaskan empat ekor keli gergasi yang diancam kepupusan di Sungai Mekong selepas diternak selama tujuh tahun.

Para pegawai Kementerian Pertanian Kemboja dan WWF melahirkan harapan bahawa pelepasan ikan berkenaan mungkin dapat meningkatkan jumlah spesies berkenaan yang semakin terpupus sejak 20 tahun lalu kerana kegiatan menangkap ikan tidak terkawal dan pembinaan empangan.

Ikan yang nama saintifiknya Pangasianodon Gigas atau ikan keli gergasi Mekong hanya boleh ditemui di Sungai Mekong.

Selain itu, ia juga disenaraikan sebagai spesies terancam di bawah Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Flora dan Fauna Terancam (CITES).

“Saya mengambil keputusan untuk menyerahkan ikan berkenaan kepada WWF kerana saya rasa ia akan mati jika saya yang membelanya,” kata pemilik ikan-ikan berkenaan, Ing Vannath.

Menurut kenyataan WWF, Vannath yang mempercayai ikan-ikan berkenaan telah membawa tuah dan kemewahan kepadanya, menyatakan beliau mahu membalasnya dengan membebaskan ikan berkenaan ke habitat semula jadi.

Keempat-empat ikan keli dewasa itu diukur seberat antara 45 hingga 50 kilogram dan sepanjang 1.5 meter. – AP

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s