bengkel keli

Posted: Januari 11, 2009 in pembeli keli

Sambutan hebat bengkel keli



Bengkel Usahawan Ikan MEGA-Utusan bersama Pusat Pengembangan, Keusahawan dan Pemajuan Pofesional (APEEC) Universiti Putra Malaysia (UPM), AgroBank dan Active Surge Sdn. Bhd (ASSB) akan bermula esok sehingga Isnin ini.

Bengkel tersebut yang mendapat sambutan luar biasa daripada pembaca Utusan Malaysia akan diadakan di Institut Latihan Pembangunan Agrobank (Abadi) untuk pembelajaran teori, manakala latihan praktikal diadakan di premis ASSB di Taman Desa Subang, Selangor.

Peserta yang telah terpilih diminta mendaftar di Abadi antara pukul 7.30 dan 8 pagi esok dan membawa pakaian sesuai untuk latihan amali sepanjang bengkel tiga hari itu.

Antara kandungan program bengkel ialah kaedah penternakan ikan keli dalam kanvas, prospek industri akuakultur tempatan, perbincangan mengenai rancangan perniagaan dan cara menyediakan kertas kerja projek.

Penganjur cuma mengehadkan kepada 50 orang sahaja pada bengkel kali ini bagi membolehkan setiap peserta mendalami teknik dan cara-cara yang betul sebagai pengusaha ikan.

Penganjur juga ingin memohon maaf kerana terpaksa menolak permohonan kira-kira 200 peserta yang mana wang pos mereka telah dihantar dan akan dikembalikan.

Penyertaan ditutup
Oleh kerana bilangan penyertaan yang dihadkan, pihak penganjur bercadang mengadakan siri seterusnya bagi memberi peluang kepada mereka yang tidak dapat diterima penyertaannya pada siri pertama ini.

Penganjur akan memaklumkan dari semasa ke semasa mengenai tarikh baru yang akan disiarkan di sisipan akhbar ini kelak.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s