ikan keli melalui televisyen

Posted: Januari 11, 2009 in pembeli keli

Minat ternak ikan keli melalui televisyen

Mohd. Selamat menunjukkan ikan keli peliharaannya di Kampung Sungai Kalong Getah Senggarang, Batu Pahat, kelmarin.



BATU PAHAT 24 April – Bermula daripada menonton sebuah program pertanian di televisyen, akhirnya Mohd. Selamat, 69, mengambil keputusan untuk menternak ikan keli.

Bermodalkan kira-kira RM40,000, dia membina 10 buah kolam di Kampung Sungai Kalong Getah, Senggarang di sini.

Menurutnya, dia memilih untuk memelihara ikan keli menggunakan kolam daripada kaedah kanvas setelah bertanya pada beberapa penternak ikan keli yang lain.

Ujarnya, kanvas perlu diganti dalam tempoh empat tahun, sementara kolam kekal dan menjimatkan kos.

Katanya, membeli anak benih ikan keli dari Kuantan dengan harga 10 sen seekor dan kini terdapat kira-kira 65,000 ekor yang ditambah dari semasa ke semasa.

“Sekali menternak 20,000 ekor ikan keli dan baru-baru ini saya telah berjaya menjual hampir 5,000 ekor ikan iaitu kira-kira satu tan.

“Seekor ikan keli mempunyai berat kira-kira 200 gram. Sebenarnya, umur ikan itu belum cukup tempohnya dan kalau ikut jadual, selepas tiga bulan baru dituai,” katanya yang memulakan projek itu sejak Januari lalu.

Menurutnya, memelihara ikan keli memang mudah kerana setiap hari ia hanya perlu diberi makan dedak dua kali iaitu pada pagi dan petang.

Bagaimanapun, dia mengakui penternakan itu berisiko tinggi kerana tidak semua anak benih akan membesar.

Katanya, daripada 20,000 anak benih, kira-kira 15,000 ekor yang membesar.

Selain itu, antara masalah yang sering dialami dalam memelihara ikan keli adalah penggunaan air.

“Masalah timbul bila musim panas kerana kolam yang dibina untuk salurkan air ke kolam akan kering. Bila air kolam kering, saya terpaksa menggunakan air paip,” katanya.

Mohd. yang sering dikunjungi oleh pegawai pejabat perikanan berkata, dia memasar ternakannya kepada para pemborong di Pasar Selayang dan orang perseorangan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s