Keli

Posted: Januari 11, 2009 in pembeli keli

Keli pilihan usahawan tani

BANGI 13 Julai – Menternak ikan keli kini bukan lagi kerjaya kelas kedua kerana ia boleh menjadi sumber pendapatan yang menguntungkan dan semakin mendapat tempat di kalangan usahawan tani negara ini.

Pengerusi Active Surge Sdn. Bhd., Md. Nor Osman berkata, bidang ternakan keli kini semakin diminati masyarakat tempatan kerana permintaan yang tinggi diterima dari dalam dan luar negara.

Katanya, pihaknya dahulu menerima kira-kira 150 buah tempahan kolam kanvas untuk menternak keli, namun kini angka itu meningkat sehingga 300 buah pada setiap bulan.

”Keli-keli yang diternak kemudiannya dijual kepada pemborong atau pembeli termasuklah dari Taiwan, Jordan dan Jepun.

”Kami turut menghasilkan produk hiliran keli seperti sardin, bebola ikan, keli salai dan serunding,” jelasnya pada Bengkel Insentif Usahawan Ikan Keli Mega-Utusan di sini semalam.

Bengkel tersebut dianjurkan bersama Pusat Pengembangan, Keusahawan dan Pemajuan Pofesional (APEEC) Universiti Putra Malaysia (UPM), AgroBank dan Active Surge Sdn. Bhd. (ASSB).

Seramai 50 peserta telah dipilih mengikuti bengkel tiga hari yang diadakan di Institut Latihan Pembangunan Agrobank (ABADI).

Peserta bengkel itu, Mohd. Firdaus Abdullah, 24, berkata, penyertaannya dalam bengkel itu adalah langkah pertama untuk meningkatkan taraf kehidupannya.

”Saya berhasrat membuka projek ternakan keli di kampung supaya boleh menjadi contoh kepada orang lain yang ingin menceburi bidang yang sama,” katanya yang berasal dari Kampung Sungai Tengi, Ulu Selangor.

Beliau menambah, bengkel seperti itu wajar diteruskan kerana ia memberi input berguna kepada masyarakat berhubung rancangan perniagaan, bantuan kewangan, teknik dan teknologi untuk menternak keli.

Lulusan Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Nurul Syabiha Mohamad, 23, berkata, para siswazah tidak harus berharap untuk makan gaji semata-mata bahkan perlu mengambil inisiatif bagi menjadi usahawan.

”Bilangan siswazah yang ada melebihi peluang pekerjaan yang ditawarkan, maka saya memilih bidang keusahawanan sebagai kerjaya.

”Siswazah perlu ambil peluang mengikuti bengkel sebegini yang nyata memberi pengetahuan, motivasi dan keyakinan untuk menceburkan diri dalam bidang ini,” katanya.

Tambahnya, beliau bakal membangunkan kolam ternakan di daerah Tampin bersama abangnya kerana yakin penternakan keli mampu menjadi punca rezeki yang menguntungkan berbanding kerja makan gaji.

Komen-komen
  1. Naz berkata:

    We need catfish. talapia red & black, patin, we paid resionable price with full spack – buy in life & frozen included tranport
    We need good & trusted buyer- Ayam Kampong Kacukan/Asli, Ayam Daging life, Eel life, Catfish (frozen), quails(frozen & we are supplier such a product. Interested just email to: nazeri_global@yahoo.com

    We share we care for future life for all mankind for 1 Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s