usahawan ikan keli

Posted: Januari 11, 2009 in pembeli keli

Mohd. Noor usahawan ikan keli

MOHD. Noor (kiri) mengasingkan ikan keli mengikut saiz di Ayer Hitam Aquatic, Jalan Kluang- Ayer Hitam, semalam.
– Gambar JAAFAR AHMAD



KLUANG 26 Ogos – Permintaan tinggi terhadap ikan keli di pasaran tempatan mendorong bekas pekerja Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Mohd. Noor Sungif, 54, untuk mengusahakan ternakan ikan tersebut secara komersial di Jalan Kluang-Ayer Hitam sejak enam bulan lalu.

Sejak dibuka, Pusat Ayer Hitam Aquatic itu bukan sahaja memasarkan benih dan ikan air tawar tersebut, malah turut membekal pelbagai peralatan menternak dan makanan ikan kepada pelanggan.

Menurut Mohd. Noor, sebagai pengusaha yang telah berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang tersebut, dia turut memberi bimbingan dan latihan kepada penternak baru menerusi kursus jangka pendek.

“Sehingga kini, seramai 300 pengusaha bumiputera telah diberikan bimbingan mengenai ternakan ikan keli dengan kerjasama Koperasi Usahawan Mara Johor Berhad (Kusma),” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Katanya, dia bermula dengan ternakan secara kecil-kecilan di Taman Perdana Ayer Hitam beberapa tahun lalu dan berkembang setelah mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat.

“Saya beralih ke tapak baru ini dan kini mempunyai 20 kolam bersaiz kira-kira 2 x 5 meter yang mengandungi lebih 100,000 ekor ikan pada satu-satu masa,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini, dia mendapatkan benih ikan daripada sebuah pusat ternakan di Ipoh, tetapi kini Ayer Hitam Aquatic mampu menghasilkan benih sendiri.

Ikan di pusat tersebut akan dipasarkan di daerah Kluang, Batu Pahat dan beberapa kawasan lain setelah berusia tiga bulan.

Mengenai peralatan, Mohd. Noor berkata, pusat itu membekalkan kanvas untuk kolam yang diperoleh daripada beberapa pembekal termasuk dari Johor Bahru.

Menurutnya, menternak ikan keli dalam kanvas bukan sahaja mudah tetapi menjimatkan kawasan.

Katanya, memandangkan ternakan ikan itu kini semakin banyak, wujud persaingan dalam pasaran dan untuk itu dia berhasrat menghasilkan produk hiliran berasaskan ikan berkenaan.

“Saya akan membuka kilang memproses bebola ikan di samping mengekalkan perusahaan sedia ada,” katanya.

Mereka yang ingin mengikuti kursus menternak ikan keli boleh menghubunginya di 012-7181612 atau 013-7843922 untuk keterangan lanjut.

Komen-komen
  1. mohd shahrul berkata:

    berminat untuk mengikuti kursus dan membuat bisnes di johor tetapi tidak mengetahui cara nya.0197345400

  2. hairul berkata:

    berminat mengikuti kursus dan ingin mencuburi bidang ternakkan ikan keli…berapa yuran yang di kenakan?017-7041554

  3. Nur Aqidah A.Aziz berkata:

    assalamualaikum..saya pelajar dari USM kampus utama.Baru2 ini sy diminta untuk menyipkan tugasan untuk mendapatkan profile usahawan bagi projek keusahawanan.Sehubungan itu sy berharap agar encik boleh berkongsi profile diri encik kepada email aqid88@yahoo.com selewat-lewatnya minggu ini termasuk latar belakang encik, kelulusan pendidikan, tahun memulakan perniagaan, cabaran yang ditempuhi sepanjang menjalankan perniagaan dan gambar2 mengenai perniagaan encik.Timbang rasa dari pihat encik amat saya hargai.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s