130 sertai kursus ternak ikan keli

Posted: Mei 11, 2009 in 1

dr. abdul Manan Mat Jais (tengah) menerangkan sesuatu kepada Baderi Dasuki dan Dr. Adham Baba semasa perasmian kursus menternak ikan air tawar di Dewan Raya, Felda Sungai Sayong, Kulaijaya, Kota Tinggi, baru-baru ini.

 

KOTA TINGGI 13 Feb. – Seramai 130 peserta di sekitar kawasan Tenggara menyertai kursus kemahiran menternak ikan keli dan haruan secara moden dalam kanvas yang diadakan di Dewan Raya Felda Sungai Sayong dekat sini baru-baru ini.

Kursus dua hari itu anjuran Jawatankuasa Penyelaras Mukim-mukim (JPMM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Raja dan Panti dan UMNO Bahagian Tenggara itu dirasmikan ADUN Panti, Datuk Baderi Dasuki.

Turut hadir ADUN Pasir Raja, Datuk Dr. Adham Baba; Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Tinggi, Mohd. Azli Lee Abdullah dan Timbalan Pengarah Jabatan Perikanan Johor, Azhari Othman.

Pengerusi penganjur, Marozan Ahmad berkata, kursus itu mendapat sambutan baik daripada penduduk setempat malah ada yang datang dari daerah Kulaijaya.

Semasa kursus, peserta diberi tunjuk ajar, ilmu serta kemahiran menternak ikan keli dan haruan dalam kanvas oleh para penceramah dan pakar dalam bidang berkenaan.

Pengerusi Haruan Research Group dari Universiti Putra Malaysia, Prof. Dr. Abdul Manan Mat Jais berkata, seseorang yang ingin bergiat dalam bidang itu perlu memberi komitmen yang tinggi walaupun perniagaan yang dijalankan adalah kecil jika mahu berjaya.

”Setiap pengusaha akan ditawarkan kemudahan khidmat nasihat dan kewangan yang boleh diperoleh daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) dan akan dipantau bagi memastikan program ini berjaya,” katanya.

Sementara itu, seorang peserta dari Felda Sungai Sayong, Maisarah Zainuri, 27, melahirkan perasaan gembira kerana berpeluang menambah pengetahuan sebelum memulakan usaha menternak ikan keli dan haruan.

Suri rumah itu yakin mampu meraih pendapatan lumayan, walaupun bidang penternakan tersebut dikuasai oleh golongan lelaki jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh.

”Cita-cita ini sungguh tinggi bagi wanita tetapi ia bukan mustahil untuk dilaksanakan asalkan ada kemahuan dengan usaha yang bersungguh-sungguh,” katanya.

Muzafar Othman, 34, dari Felda Bukit Ramun, Kulaijaya, menyifatkan usaha penganjur memberi peluang dan bimbingan sebagai amat berguna baginya yang telah mencuba secara kecil-kecilan menternak ikan keli.

Katanya, walaupun kursus itu hanya di peringkat asas, tetapi banyak panduan dan maklumat yang boleh menjamin kejayaan bagi seorang usahawan terbabit.

Penolong Setiausaha Persatuan Belia Karisma Kulaijaya, Yusnita Hanim Yusof, 33, memuji pihak penganjur kursus berkenaan yang memberi peluang mereka untuk menjadi usahawan.

”Maklumat dan pengetahuan yang disampaikan dengan berkesan oleh penceramah, di samping bantuan modal dan peralatan akan memastikan peserta menjadi usahawan yang berjaya,” katanya.

Warga emas Abdulri Othman, 56, dari Bandar Tenggara berkata, dia berminat untuk menjalankan usaha menternak ikan keli dalam kanvas kerana ia tidak memerlukan tenaga yang banyak dan kawasan luas.

”Saya memang meminati bidang ternakan ini kerana ia berpotensi menjadi sumber pendapatan untuk menampung keluarga,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s