Bantuan legakan Orang Asli

Posted: Mei 11, 2009 in 1

 

 

Jaafar Hashim (empat dari kanan) menyampaikan bantuan makanan kepada Orang Asli yang miskin di Kampung Sri Pantai, Senggarang, Batu Pahat, baru-baru ini.



 

BATU PAHAT 19 Dis. – Umpama orang mengantuk disorongkan bantal. Demikianlah yang dialami oleh 35 keluarga Orang Asli daripada golongan miskin di Kampung Sri Pantai, Senggarang di sini yang dipilih untuk menerima bantuan makanan daripada kerajaan.

Bantuan yang berjumlah RM42,000 itu diberikan setiap bulan selama enam bulan bagi meringankan beban mereka yang terdiri daripada ibu dan bapa tunggal, warga emas dan golongan miskin serta miskin tegar.

Pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Batu Pahat dan Pontian, Mohd. Yusof Abu Naim berkata, bantuan tersebut adalah di bawah program Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Tambahnya, bantuan makanan itu diberikan bagi meringankan beban mereka ekoran kenaikan harga barang keperluan harian berikutan peningkatkan harga minyak terdahulu walaupun harga minyak kini telah diturunkan.

“Bantuan yang diberikan berupa 20 kilogram beras, sardin, susu, minyak masak, gula, tepung dan garam untuk setiap bulan selama enam bulan ini merupakan bantuan jangka masa pendek,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang, Jaafar Hashim berkata, rakyat negara ini yang berbilang kaum perlu bersyukur kerana kerajaan sentiasa peka terhadap masalah mereka.

Katanya, bantuan itu merupakan sebahagian daripada pelbagai bentuk bantuan telah disalurkan kepada rakyat tanpa mengira kaum melalui agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Agama Islam, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dan sebagainya.

Selain itu, beliau berkata, akan menyusul bantuan jangka masa panjang berupa projek-projek untuk menaik taraf kehidupan mereka kepada kehidupan yang lebih baik.

Tambahnya, antara projek yang dirancang ialah ternakan ikan keli dalam sangkar, ternakan kambing, lebah madu dan tanaman cendawan yang dijangka mampu menaikkan taraf hidup mereka dan seterusnya keluar daripada kepompong kemiskinan.

Selain itu, tambahnya, anak-anak mereka yang bersekolah juga akan dibantu dalam program bantuan sekolah.

“Kita beruntung dan patut bersyukur kerana di Malaysia kerajaan cukup prihatin dan pelbagai bantuan sentiasa disalurkan tanpa mengira kaum, bangsa dan parti berbanding negara luar,” katanya selepas menyampaikan bantuan makanan kepada Orang Asli miskin dan miskin tegar di Kampung Sri Pantai, Senggarang.

Beliau menambah, kerajaan negeri juga telah memperuntukkan sebanyak RM20,000 untuk membina sebuah gelanggang futsal di Kampung Sri Pantai dan dapat memberi peluang kepada para belia di situ untuk beriadah dan menjalankan aktiviti mulai tahun hadapan.

Sementara itu, Jaafar berkata, sebuah surau baru juga akan dibina melalui peruntukan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menggantikan surau yang sedia ada.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s