Belia India serbu seminar perniagaan dan agrotani

Posted: Mei 11, 2009 in 1

SEBAHAGIAN peserta seminar perniagaan kecil dan agrotani mendapatkan maklumat berhubung peluang perniagaan daripada agensi kerajaan yang mengambil bahagian di Ipoh, semalam.



 

IPOH 8 Mac – Lebih 1,000 penduduk India di negeri ini yang ingin mengetahui bantuan dan peluang perniagaan yang disediakan oleh kerajaan ‘menyerbu’ seminar perniagaan kecil dan agrotani yang diadakan di Dewan Kompleks Belia dan Sukan di Jalan Stadium di sini hari ini.

Bilangan yang hadir itu melebihi sasaran awal penganjur iaitu Jabatan Perdana Menteri yang menjangkakan penyertaan sekitar 800 orang sahaja.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, ramai kalangan masyarakat India yang hadir selama ini tidak mengetahui kerajaan menyediakan kemudahan latihan, bimbingan serta pinjaman bagi membantu mereka memulakan perniagaan.

Seorang peserta seminar, R. Perakash, 20, berkata, sebelum ini dia bercadang untuk mengusahakan penternakan cacing tetapi hasrat itu terpaksa dilupakan kerana tiada modal.

”Saya perlukan modal awal sebanyak RM5,100 untuk membeli 10 kilogram induk cacing tetapi saya tidak mempunyai wang sebanyak itu.

”Sekarang saya yakin dapat memulakan perniagaan kerana boleh mendapat pinjaman mudah RM10,000 daripada Tabung Ekonomi Usahawan (Tekun),” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seminar tersebut yang diadakan khusus untuk kaum India dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator T. Murugiah.

Seorang kakitangan swasta, K. Nacchemutu, 50, berkata, seminar itu berjaya membuka mata masyarakat India bahawa kerajaan sebenarnya menyediakan banyak peluang ekonomi tetapi maklumat itu tidak sampai kepada mereka.

”Ini peluang yang baik kepada golongan belia terutamanya untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan dalam keadaan peluang kerja terhad pada masa ini.

”Saya harap pada masa depan, kerajaan dapat mengadakan seminar yang memberi tumpuan khas kepada sesuatu perniagaan pula bagi membantu masyarakat India,” katanya.

Seorang peniaga kacang putih sambilan, N. Jayaraman, 50, pula menyertai seminar itu untuk mendapat pengetahuan kerana berhasrat memajukan perniagaannya.

Katanya, seminar seumpama itu perlu diadakan secara lebih kerap kerana ramai masyarakat India tidak mengetahui kerajaan menyediakan sebegitu banyak peluang kepada mereka.

”Dengan pengetahuan yang saya dapat hari ini, saya akan memperluaskan perniagaan saya hingga ke peringkat antarabangsa,” katanya.

M. Thilagavathy, 27, yang mengusahakan penternakan ikan keli dan perkhidmatan mencuci bersama suaminya berkata, semasa mengikuti seminar itu, dia baru tahu kerajaan ada menyediakan bantuan pinjaman dan kursus latihan.

”Saya ada lulusan perakaunan dan pernah bercadang untuk cari kerja tetapi sekarang saya lebih berminat untuk berniaga,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s