‘Hias’ rumah hasil ikan keli Afrika

Posted: Mei 11, 2009 in 1

JOHOR BAHRU 19 April – Hari ini memang bertuah bagi Huzairy Arif, 34, kerana dia bukan sahaja pertama kali memenangi pertandingan memancing yang disertai, malah hadiah wang tunai RM10,000 yang dibawa pulang akan digunakan untuk membeli kelengkapan rumah barunya.

Pada Pertandingan Memancing Antarabangsa Johor Bahru anjuran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di Tasik Merdeka, di sini, Huzairy yang merupakan Pembantu Kesihatan di Pontian berjaya menaikkan ikan keli Afrika seberat 7.3 kilogram (kg).

“Apa pun saya berasa gembira kerana inilah kali pertama saya menang pertandingan memancing setelah banyak kali menyertainya.

“Saya ingin menyampaikan kemenangan ini kepada isteri dan dua anak saya masing-masing berumur 10 dan enam tahun kerana memberi dorongan dan sokongan,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Hadiah utama itu disampaikan oleh Setiausaha MBJB, Aishah Abdul Kapi yang mewakili Datuk Bandar, Datuk Mohd. Naim Nasir.

Turut menyampaikan hadiah kepada pemenang lain ialah Timbalan Ketua Whip Ahli Majlis MBJB, Tan Hon Hua dan Pengarah Pentadbiran Korporat MBJB, Abdul Ghazali Karim.

Dalam pada itu, naib juara dimenangi Zaisani Abd. Rahman, 36, dari Kota Tinggi yang menaikkan ikan keli Afrika seberat 6.12 kg dan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000.

Tempat ketiga pula oleh Rosni Ibrahim, 43, dari Yong Peng dan membawa balik wang tunai RM1,000 setelah menaikkan ikan keli Afrika seberat 6.02 kg.

Pertandingan itu mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan seramai 1,100 orang.

Ia bermula seawal pukul 9 pagi hingga 1 petang dan setiap peserta dikenakan yuran sebanyak RM80.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s