i-Fest ’09 platform peniaga bumiputera

Posted: Mei 11, 2009 in 1

KUALA LUMPUR 22 Jan. – Program Festival Pembangunan Ekonomi Islam 2009 (i-Fest ’09) anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) memperlihatkan kreativiti peniaga bumiputera melalui inovasi produk-produk kecil yang selama ini kurang diberikan perhatian.

Ia menjadi platform kepada peniaga kecil bumiputera menonjolkan potensi masing-masing melalui ruang dan peluang yang disediakan.

Awin Trading misalnya, menggunakan bahan yang amat mudah iaitu serai wangi untuk dijadikan bahan penghalang haiwan seperti tikus dan serangga dalam rumah dan persekitaran lain seperti dalam kereta.

Eksekutif Pemasarannya, Misa’amah Majali berkata, produk itu agak berbeza dengan kebanyakan produk sama yang lain kerana bahan asasnya adalah serai wangi yang menjadikannya tidak beracun.

“Mereka yang pernah mencuba produk ini pasti mahu menggunakannya lagi,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui pada i-Fest ’09 di sini hari ini.

Jelas beliau, bahan asas yang boleh disifatkan sebagai herba iaitu serai wangi itu berbeza dengan produk lain yang terlalu banyak menggunakan bahan kimia dan berbahaya untuk diletakkan dalam rumah.

“Bahan ini jika diletakkan bersama dengan pinggan mangkuk pun tidak akan mendatangkan sebarang bahaya,” katanya.

Syarikat Sain Group Corporation Sdn. Bhd. pula menghasilkan minuman sarang burung layang dan ginseng yang dinamakan Maxifirm Power Nest dalam bentuk serbuk.

Eksekutif Pemasarannya, Nor Afnan Ahmad Nadzri berkata, serbuk amat praktikal berbanding kaedah lama yang memerlukan bahan itu direbus selama berjam-jam sebelum boleh diminum.

“Kita cuma perlukan air panas untuk membancuh dan kemudian sudah boleh dinikmati,” katanya.

Produk itu dijual pada harga yang amat berpatutan iaitu RM79.90 di Semenanjung dan RM82.90 di Sabah dan Sarawak.

“Ini adalah produk minuman sarang burung yang paling murah di negara ini,” katanya.

Jelas beliau, Maxifirm Power Nest diadun daripada ekstrak sarang burung layang-layang asli dari Gua Gomantong di Sabah dan ia kaya dengan zat protein dan mineral seperti asid amino, kalsium, sodium dan lain-lain.

“Ia paling berkesan untuk mengubati penyakit asma, resdung dan sakit kulit,” katanya.

Satu lagi syarikat bumiputera, One New Tech pula menghasilkan produk yang sebenarnya amat mudah dan sangat praktikal iaitu ikan keli salai.

Pegawai Jualannya, Farid Abdul Majid berkata, produk syarikatnya itu amat sesuai untuk penduduk moden terutama di bandar yang sentiasa sibuk tetapi masih mahu menikmati hidangan tradisional di rumah.

“Keli salai ini boleh dimakan terus selepas dipanaskan, masak sambal dan dituangkan di atasnya atau masak lemak cili padi dan kari,” katanya.

Bagi menjamin kualiti keli salai yang dihasilkan, pihaknya hanya menggunakan keli yang memakan sayur atau dedak dan bukannya bahan seperti isi perut ayam.

Program i-Fest ’09 yang bertemakan Menggerak Potensi Memperkasa Ekonomi Ummah yang bermula hari ini akan berlangsung sehingga Isnin ini bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam di Pusat Pameran Mid Valley (MVEC) di sini.

Secara keseluruhannya terdapat 243 gerai milik agensi kerajaan, badan korporat, swasta serta beberapa peserta industri kecil dan sederhana (IKS) yang mengambil bahagian dalam program itu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s