Jabatan Perikanan Kedah kaji wajib guna VMS

Posted: Mei 11, 2009 in 1

ALOR STAR 22 Dis. – Jabatan Perikanan Kedah sedang mengkaji untuk mewajibkan penggunaan Vessel Management System (VMS) kepada 43 buah bot siput retak seribu bagi memastikan keseimbangan ekosistem di kawasan laut dapat dipulihara.

Pengarah Perikanan Kedah, Teo Siong Wan berkata, sehingga kini penggunaan alat itu hanya diwajibkan kepada pemilik bot- bot pukat tunda di seluruh negara bagi mengesan kedudukan mereka di kawasan perairan negara.

“Mereka (pemilik bot siput retak seribu) hanya dibenarkan untuk mencari siput berkenaan di lokasi yang terletak di tiga batu nautika dari pantai dan dua batu nautika dari pulau.

“Namun yang menjadi masalahnya, kadangkala mereka memasuki kawasan yang menjadi larangan kepada mereka sehingga menimbulkan kesulitan kepada nelayan pantai,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran program Buku Hijau di Jitra, hari ini.

Pada majlis itu seramai 155 peserta dari negeri ini mengambil bahagian dalam program tersebut dan mereka diberi bantuan berupa benih ikan keli, tangki, set tangki kanvas, makanan rumusan starter serta cecair effective microorganism (EM).

Kesemua peserta akan menternak ikan keli tersebut di rumah mereka untuk menghasilkan pendapatan tambahan.

Menurut beliau, sehingga kini terdapat banyak aduan mengenai pemilik bot siput retak seribu yang mencari siput di kawasan sekitar dua batu nautika.

Katanya, jika perkara ini masih berterusan, pihaknya akan mewajibkan penggunaan VMS kepada pemilik bot tersebut.

“Kos untuk memasang alatan tersebut sekitar RM4,000 hingga RM6,000 akan ditanggung sendiri oleh pemilik bot berkenaan.

“Jika mereka ingkar mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perikanan 1985 dan pihak jabatan tidak akan memberi lesen untuk mencari siput retak seribu kepada pemilik bot berkenaan,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s