Koperasi Pekebun Kecil Daerah Hilir Perak cadang beli tanah 16 hektar

Posted: Mei 11, 2009 in 1

AHLI-ahli menyerahkan kupon kehadiran pada mesyuarat agung tahunan ke -25 Koperasi Pekebun Kecil Daerah Hilir Perak Berhad di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan, semalam.



 

TELUK INTAN 23 Dis. – Koperasi Pekebun Kecil Daerah Hilir Perak Berhad bercadang untuk membeli tanah seluas 16 hektar di sekitar daerah ini pada tahun depan bagi membangunkan projek ladang sawit yang baru.

Pengerusinya, Ibrahim Abdul Rahman berkata, kos pembelian itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM550,000 termasuk kerja-kerja tanah dan penanaman pokok sawit.

”Projek membangunkan ladang sawit ini akan dibuka kepada 545 orang ahli koperasi kita yang berminat untuk melabur supaya mereka mampu memperoleh dividen lebih tinggi pada masa akan datang.

”Kami sangat yakin, projek yang telah dipersetujui oleh semua pihak ini akan mendatangkan hasil lumayan dalam tempoh jangka masa panjang,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Pekebun Kecil Daerah Hilir Perak Berhad di sini hari ini.

Ibrahim berkata, selain projek ladang sawit, pihaknya bercadang untuk menceburi bidang ternakan ikan keli dan puyu dalam kanvas mulai tahun depan.

Jelas beliau, projek berkenaan akan dimulakan secara kecil-kecilan terlebih dahulu bagi membolehkan pihaknya benar-benar mahir dalam ternakan ikan tersebut.

”Kita akan mulakan projek ternakan ikan keli dan puyu ini di dalam tiga kanvas terlebih dahulu, selepas itu jika ia boleh membawa pulangan lumayan, jumlah kanvasnya akan ditambah.

”Ia lebih kepada langkah pelaburan yang berhati-hati kerana kita tidak mahu mengalami kerugian besar dan akhirnya menjejaskan dividen ahli,” katanya sambil menambah kos projek permulaan ternakan ikan dalam kanvas itu bakal menelan belanja sebanyak RM6,000.

Mengenai kedudukan kewangan koperasi itu, Ibrahim memberitahu, ia berada dalam keadaan kukuh dan sudah mempunyai wang tunai sebanyak RM109,000 dan aset yang dianggarkan bernilai kira-kira RM50,000.

”Sebab itulah pada hari ini kita dapat membayar dividen sebanyak 5 peratus kepada ahli, walaupun jumlahnya tidak banyak namun ia merupakan satu perkembangan positif dan kita harap hasil atau dividen koperasi ini akan terus meningkat,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s