Kursus pembenihan anak keli

Posted: Mei 11, 2009 in 1

JOHOR BAHRU 30 April _ Orang ramai yang berminat menceburi bidang ternakan benih ikan keli dijemput menghadiri Kursus Penternakan dan Pembenihan Ikan Keli secara ladang di Hotel Goodhope, Skudai pada 10 Mei ini.

Kursus itu dianjurkan Balqis Agrotech Sdn. Bhd. dengan kerjasama syarikat berpengalaman dalam bidang itu, Pro Success Resources.

Menurut Pengurus Pembangunan Perniagaan Balqis Agrotech, Mazzlan Mohamad, kursus itu memberi peluang kepada usahawan bergiat dalam program penghasilan anak benih ikan keli untuk dijual kepada pengusaha ikan keli lain.

Katanya, ia juga berhasrat untuk melahirkan usahawan tani bagi menghasilkan benih ikan yang mencukupi bagi menampung pasaran negara ini.

“Setakat ini, usahawan yang mengusahakan program pembenihan keli hanya terdapat di Selangor, Perak dan Pahang.

“Sebab itulah, kita mahu supaya anak Johor turut sama merebut peluang ini yang mampu memberikan pulangan lumayan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Yuran penyertaan bagi kursus yang akan bermula dari pukul 9 pagi hingga 5.30 petang itu adalah sebanyak RM300 seorang.

Bagaimanapun, 20 peserta pertama yang mendaftar akan menerima potongan sebanyak RM50.

Menurut Mazzlan, peserta akan didedahkan dengan latihan teori dan praktikal asas oleh tenaga pengajar berpengalaman.

“Mereka yang berminat boleh mendapatkan penjelasan lanjut dan kami juga menawarkan konsep ‘kontrak ladang’ iaitu pembelian balik anak-anak keli yang matang,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s