LPP mahu kutip hutang RM20j

Posted: Mei 11, 2009 in 1

 

 

PASIR PUTEH 27 April – Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) meminta 206 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) seluruh negara mengadakan kempen bagi menggalakkan ahli-ahlinya membayar tunggakan hutang berjumlah RM20 juta kepada pertubuhan tersebut.

Ketua Pengarah LPP, Mariam Mas Yaakob berkata, langkah itu wajar agar hutang yang dikumpulkan semula dapat diberikan kepada petani lain.

”Pinjaman ini wajar dilunaskan dan dana yang dikumpulkan semula boleh digunakan untuk membantu petani lain yang masih memerlukan bantuan kewangan di peringkat PPK,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Semerak dekat sini semalam.

Katanya lagi, pihaknya memahami kebanyakan peminjam menghadapi masalah pembayaran balik secara sekali gus pinjaman mereka ekoran kegagalan projek pertanian yang diceburi.

Beliau berkata, LPP mengesyorkan mereka terbabit membayar pinjaman mengikut kaedah yang mudah iaitu secara ansuran bulanan mengikut kadar yang mampu dibayar.

Mariam seterusnya memberitahu, kebanyakan hutang lapuk di PPK seluruh negara melibatkan pinjaman bantuan menerusi Skim Keusahawan Peladang bagi tujuan membesarkan kapasiti projek yang diusahakan ahli PPK sendiri.

Bagaimanapun, kata beliau, pihaknya akan tetap meneruskan pinjaman seumpama itu bagi membantu memperbesarkan projek petani yang tidak memiliki modal dengan menyediakan peruntukan sebanyak RM30 juta sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

“Kerajaan juga menyediakan peruntukan sebanyak RM30 juta bagi Skim Pemilikan Jentera Kecil bagi membantu ahli PPK mendapatkan jentera membajak untuk memastikan sektor pengeluaran makanan negara akan mencapai peningkatan yang memuaskan,” katanya.

Dalam pada itu, Mariam memberitahu, kerajaan menyalurkan bantuan hampir RM3 juta untuk PPK Semerak bagi membantu meningkatkan pendapatan petani yang melaksanakan projek penternakan ikan keli, tanaman keledek dan padi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s