pengeluaran keli

Posted: Mei 11, 2009 in pembeli keli

Jelawat pusat pengeluaran keli

BACHOK 7 Feb. – Kawasan Jelawat akan dimajukan sebagai pusat pengeluaran ikan keli yang produktif dan utama di negeri ini dengan penglibatan kira-kira 500 petani.

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan itu, Datuk Dr. Ilias Hussain memberitahu, kerajaan Pusat telah meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi menjayakan program tersebut yang dijangka dapat dimulakan tahun ini.

Katanya, projek penternakan secara besar-besaran ini diharap akan dapat membantu meningkatkan pendapatan penduduk dan membebaskan mereka daripada kemiskinan.

”Sebahagian besar peserta sudah diberi latihan intensif dalam usaha memastikan pelaksanaan projek dapat dijalankan secara tersusun mengikut kaedah moden bagi memastikan pulangan yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penutup Ekspo Mini As-Syura sempena Seminar Peningkatan Hasil Padi Ke Arah 10 Tan Metrik anjuran Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kemasin Semerak di Gunung di sini semalam.

Turut hadir Pengarah IADA Kemasin Semerak, Abdul Ilah Ismail dan 300 peserta dari jajahan Pasir Puteh dan Bachok.

Ilias yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok berkata, projek itu dijangka memberi pendapatan yang lumayan kepada peserta di samping pasaran terjamin dari dalam dan luar Kelantan.

Katanya, ada di antara mereka tidak mampu menampung persekolahan anak-anak walaupun sentiasa diberi pelbagai bantuan termasuk, rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan bantuan kewanganKumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM).

“Menerusi projek ini kelak, kerajaan berharap mereka dapat mengubah haluan ke arah kehidupan berdikari dalam tempoh jangka panjang,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s