Sasaran jualan 1,500 tangki pada 2009

Posted: Mei 11, 2009 in 1

KUCHING 2 Jan. – Rotocraft Technologies (M) Sdn. Bhd., (RTSB) mensasarkan untuk menjual lebih 1,500 tangki kitar semula jenama i-Cage di pasaran domestik pada tahun ini.

Pengarah Urusannya, Yusra Sabar berkata, daripada jumlah itu sebanyak 400 tangki dijangka berjaya dijual di Sarawak.

Menurutnya, RTSB juga sedang berusaha untuk memasarkan produk i-Cage ke pasaran luar negara dalam tempoh terdekat ini.

”Kami kini mengadakan rundingan dengan pihak dari Romania yang berminat dengan tangki ini.

”Sekiranya persetujuan dicapai maka produk kami juga akan mampu dipasarkan ke pasaran Eropah,” katanya ketika ditemui di Ekspo Industri Desa Malaysia dan Pameran Mesin Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Antarabangsa Sarawak 2008, di sini baru-baru ini.

RTSB menawarkan tiga pakej i-Cage iaitu tiga tangki pada harga RM9,000, enam tangki (RM15,000) dan 10 tangki (RM25,000).

Yusra berkata, ekspo yang berlangsung selama lima hari di Tebingan Kuching itu telah berjaya menarik kira-kira 60 pembeli yang berminat dengan industri ternakan ikan air tawar itu.

Katanya, selain itu, seramai 100 orang telah menyatakan minat untuk menyertai kursus anjuran RTSB termasuk 40 peserta dari Simunjan, Samarahan.

”Orang ramai yang berminat untuk membeli sistem ini adalah dinasihatkan supaya menyertai kursus selama dua hari anjuran kita terlebih dahulu.

”Kita mahu pembeli mendapatkan cara yang betul mengenai penggunaan sistem ini supaya ia mampu memberi pulangan yang setimpal terhadap pelaburan mereka,” katanya.

Yusra menambah, sekiranya diusahakan dengan betul, setiap tangki mampu mengeluarkan hasil 800 kilogram ikan keli dengan berat 250 gram seekor bagi tempoh tiga bulan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s