Tuah ikan keli

Posted: Mei 11, 2009 in 1

Tuah ikan keli Tasik Shah Alam

Oleh: HAMDEN RAMLI
SETELAH enam pusingan Sirkit Memancing Selangor 2000 (SMS 2000) berlangsung, Hussin Yassin terus buntu memikirkan nasib yang menimpa dirinya.

Pelbagai usaha telah dilakukan, namun bayangan kejuaraan tidak kunjung tiba.

”Usahkan juara, hadiah sagu hati pun gagal diperoleh.”

”Apa yang pelik pelbagai usaha telah dilakukan, namun tetap tidak menjadi.

”Pancing dah tukar kepada baru.

”Umpan. Sebut sahaja apa jenis umpan, semuanya telah saya cuba tetapi masih gagal membawa kemenangan,” katanya menceritakan kekecewaan sepanjang enam pusingan pertama SMS 2000.

Bagaimanapun segalanya berubah pada pusingan akhir di Taman Tasik Shah Alam, minggu lalu.

Di sana, Hussin, 42, bukan sahaja berjaya menamatkan badi gagal menaikkan ikan tetapi salah satu daripada tiga ikan yang berjaya dipancingnya berjaya melayakkan beliau membawa pulang hadiah pertama RM2,000 dan pakej memancing.

Lebih membanggakan kejayaan tersebut dicatat di hadapan lebih 1,800 peserta lain yang turut mengambil bahagian.

Menurut penganjur, jumlah tersebut merupakan penyertaan paling banyak dalam tujuh pusingan yang dipertandingkan.

Menceritakan detik kemenangannya Hussin berkata semuanya berlaku pada pukul 10 pagi apabila ikan pertama, tongsan seberat tiga kilogram berjaya dipancing.

Selepas itu, selang 10 minit kemudian, seekor lagi ikan (keli afrika) berjaya dipancingnya.

Kejayaan demi kejayaan membuatkan Hussin terus mencuba sehingga berjaya menaikkan ikan keli afrika kedua dengan berat 5.9kg.

”Saya hanya mengambil masa 10 minit menaikkan ikan itu,” katanya.

Meskipun gagal merangkul gelaran juara keseluruhan, Halim tetap gembira kerana kejayaan itu juga membolehkannya merangkul hadiah tempat kelapan bagi kategori keseluruhan.

Mengulas kejayaannya beliau berkata, inilah tuah Tasik Shah Alam.

Tempat kedua bagi kategori yang sama telah dimenangi oleh Abdul Aziz Ismail dengan tangkapan ikan keli afrika seberat 4.5kg.

Beliau memenangi hadiah wang tunai RM1,000 dan pakej memancing.

Tempat ketiga dengan hadiah RM500 pula dimenangi oleh Abdul Rahman yang berjaya menaikkan ikan keli afrika 4.3kg.

Dalam pada itu Tasik Shah Alam turut membawa tuah kepada Abdul Aziz Ismail.

Selain berjaya menduduki tempat kedua, beliau turut berjaya memintas kedudukan 10 peserta terbaik keseluruhan dan merampas kedudukan kedua terbaik keseluruhan daripada Hassan Nordin Biram.

Keputusan penuh bagi kategori juara keseluruhan ialah tempat pertama dimenangi oleh Ahmad Kamal Mohd. Ali yang berjaya mengumpul 95 mata menerusi satu kemenangan sebagai juara, naib juara dan tempat keenam.

Ahmad Kamal yang berasal dari Kuala Lumpur membawa pulang sebuah motosikal Modenas Jaguh dan pakej memancing Angler’s Heaven bernilai RM300.

Tempat kedua pula diraih oleh Abdul Aziz Ismail yang berjaya mengumpul 75 mata menerusi dua kemenangan sebagai naib juara.

Kemenangan itu membolehkan Abdul Aziz membawa pulang hadiah sebuah motosikal Modenas Kriss.

Sementara, Hassan Nordin Biram yang hanya mampu mengumpul 63 mata menduduki tempat ketiga dan membawa pulang sebuah peti sejuk dua pintu.

Hadiah-hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Abu Sujak Mahmud.

SMS 2000 yang bermula 23 April lalu dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama tujuh majlis perbandaran tempatan.

Ia dibahagi kepada tujuh pusingan dengan pemenang keseluruhan ditentukan berdasarkan jumlah mata yang berjaya dikumpul daripada setiap pusingan.

SMS 2000 dianjurkan bertujuan untuk memeriahkan sambutan sempena Tahun Melawat Selangor 2000.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s