Nabi Muhammad s.a.w

Posted: Mei 25, 2009 in Kerana Allah
Tags:

 Bahawasanya Nabi Muhammad itu telah diputerakan pada 12 Rabiul-Awal, bersamaan dengan 20 April 571 Masehi. Ayahanda baginda Abdullah Bin Abdul Muthalib telah wafat sewaktu nabi masih didalam rahin ibunya . Bertepatan masanya, bonda nabi, Aminah Binti Wahad pun melahirkan seorang putera tanpa cacat dan cela. Ibu nabi telah menyusukannya selama 3 hari.

 Kemudian baginda disusukan oleh Tsuwaibah dan akhirnya diberi jagaan dan susuan oleh Halimah sa’dyah yang membawa ke desanya di luar Kota Mekah. Tinggallah nabi dibawah jagaan baik Halimah selama empat tahun dan baginda dikembalikan semula kepada bonda baginda di bawah kawalan datuknya Abdul Muthalib.

 Baginda menjadi yatim piatu pada usia enam tahun setelah wafatnya bonda nabi. Maka tinggallah baginda dalam peliharaan datuknya untuk tempoh dua tahun sahaja. Setelah itu baginda dijaga dan diperihara oleh ayah saudaranya Abu Talib. Walaupun kehidupannya miskin, sebagai anak remaja baginda telah membantu denga mengambil upah menjaga dan membela kambing dan dengan upah itulah baginda dapat menolong bapa saudaranya menyara kehidupan mereka sehari-hari.

 Ketika berusia dua belas tahun, bapa saudaranya Abu Thalib telah membawa nabi ke negeri Syam ( Palestin ) kerana berniaga. Dalam pemergian inilah baginda telah ditemui oleh seorang pendita nasrani dan beliau berpesan kepada bapa saudara nabi agar memelihara beliau dengan baik kerana Muhammad bakal menjadi seorang nabi.

 Apabila Muhammad berusia 25 tahun, baginda telah berkahwin dengan Khadijah Binti Khuwalid, seorang perempuan yang mulia dan kaya. Sebelum perkhawinan itu, baginda telah membawa barangan dagangan   Khadijah ke Negeri Syam dan beroleh keuntungan. Waktu perkhawinan itu khadijah telah berusia 40 tahun.

 Manakala baginda berusia 40 tahun, Muhammad telah diangkat menjadi Rasul Allah dan padanya terletak kewajipan menyampaikan perintah-perintah Allah kepada sekelian manusia.

 Nabi Muhammad mengajak manusia kepada agama islam. Pengikut-pengikutnya kian bertambah dan ini menyebabkan musuh-musuh islam merasa terancam dan meraka mula bertindak liar  dengan mengancam  dan menyiksa pengikut-pengikut Nabi. Di samping berbagai ancaman, mereka cuba memujuk nabi supaya baginda menghentikan  seruan kepada islam. Tetapi nabi terus menghadapi mereka dengan tabah walaupun berbahaya kepada dirinya. Suasana menjadi lebih cemas sehingga diantara pengikut-pengikut Nabi berhijrah ke Habsyah ( Ethiopia ).

 Suasana berikutnya bertambah kabut apabila Abu Thalib dan isteri baginda Khadijah wafat. Dalam ketika yang dirunding malang itu telah dibawa Isra dan Mi’raj oleh malaikat Jibril bagi melihatkan kekuasaan Allah.

 Ancaman keatas Rasul Allah kian bertambah meruncing sehingga mereka merancang membunuh baginda. Maka itu Allah memerintahkan kepada nabi supaya berangkat meninggalkan mekah  pergi ke madinah. Perjalanan ini atau Hijrah Rasullah s.a.w terjadi pada  12 Rabiul-Awal  setelah tiga belas tahun kerasullan  baginda. Hari itu bertetapan dengan 28 Jun 622 Masehidan baginda berusia 53 tahun.

 Di madinah , Islam telah berkebang pesat, dengan kegigihan  Rasulullah s.a.w maka terdirilah sebuah masyarakat  dan sebuah Negara Islam di sana.  Baginda kemudian menubuhkan  angkata perang yang rapi dan dengan itu kedudukan  Nabi dan kaum Muslimin mulai padu dan kuat. Dengan izin Allah mereka berperang menghadapi musuh-musuh islam yang zalim.  

 Islam segera dapat berkembang ke merata tempat kerana dakwah yang tersusun rapi. Perubahan besar kini  terjadi di muka bumi dan orang-orang islam mula disegani dan dihormati.

 Setelah sepuluh tahun bermastutin di madinah, baginda wafat dalam usia  63 tahun . Baginda telah berusaha menegakkan islam selama 23 tahun, tiga belas tahun di Mekah, dakwah baginda tidak begitu diterima dan tidak meluas dengan baik berbanding dengan sepuluh tahun di Madinah yang mana baginda telah berhasil menemui kewajipan-kewajipan yang diperintahkan Allah sebagai Rasul Allah.

 Setelah wafatnya baginda rasulullah s.a.w, sahabat-sahabat baginda pula meneruskan perjuangan menyebarkan Islam kemana-mana tempat yang mereka sampai dan akhirnya sampai  ke Negara-negara  rantau melayu ini.

 Dari lembaran kehidupan Nabi Allah ini termuat dengan berbagai kisah dan ragam yang indah dan menarik untuk kita semua.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s