JIBRAIL MERASMIKAN MUHAMMAD SEBAGAI RASUL ALLAH

Posted: Mei 29, 2009 in Kerana Allah

 

 

Suasana malam di bulan Ramadhan itu amat terasa sekali. Muhammad sedang bersendirian berkhalwat di dalam Gua Hira. Dalam ketenangan malam yang hening itulah Malaikat Jibrail, datang membawa wahyu Allah kepada Muhammad bahawa Muhammad adalah Rasul Allah. Sepertimana tugas-tugas Jibrail dahulu menyampaikan wahyu kepada lain-lain Nabi Allah, Ibrahim, Musa dan Isa a.s., dan malam itu ia muncul pula di depan Muhammad lalu berkata:

 

            “Iqra” (bacalah)

 

            “Ma’Aqra” (aku tidak tahu membaca).

 

            Mendengar jawapan Muhammad itu, lalu Jibrail memeluk baginda. Baginda merasa seakan-akan lemas barulah dilepaskan Jibrail, dan ia berkata lagi:

 

            “Iqra” (bacalah)

 

            “Ma’ Aqra” (aku tidak tahu membaca) jawab Muhammad.

 

            “Bacalah dengan nama tuhan menciptakan; yang menjadikan manusia segumpal darah.

            —bacalah, dan tuhan mu lah yang paling pemurah, yang mengajar manusia dengan qalam, mengajar manusia yang tidak tiketahuinya.

 

            Demikian Malaikat Jibrail membaca ayat-ayat Al-qur’an itu dan diikuti Muhammad membacanya.

 

            Inilah ayat-ayat dari Surah Al-Haq yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad. Setelah selesai baginda membaca ayat tersebut, Malaikat Jibrail pun berlalu dan dituruti Nabi segera keluar dari Gua Hira itu.

 

            “Wahai Muhammad, engkau Rasul Allah dan aku ini Jibrail”.

 

            Nabi Muhammad memandang ke langit dan dilihatnya Jibrail dalam rupa bentuk manusia. Kedua tumitnya berada di hujung langit.

 

            Muhammad tidak menjawab, terdiam dan terus memandang ke langit. Baginda tegak bagaikan terpukau di bumi. Tidak bergerak ke depan atau ke belakang dan kepalanya terus memandang ke atas dan kemana saja arah dipandang, baginda akan nampak Jibrail.

 

            “Wahai Muhammad, enkau Rasul Allah dan aku ini Jibrail.” Demikian diulangi Jibrail.

 

            Baginda terus terdiamdan keadaan demikian sehingga digerakkan oleh orang-orang yang di suruh khadijah mencari suaminya Muhammad kerana baginda merasai bimbang dihatinya, khuatir sesuatu berlaku keatas baginda.

 

            Akhirnya Jibrail berlalu dan menghilang. Setelah merasa tenang seketika, Muhammad pun segera berangkat pulang dan Khadijah sudah sedia menunggu.

 

            Mulai saat itu rasmilah Muhammad sebagai Rasul Allah dalam usia empat puluh tahun. Baginda utusan Allah kepada manusia bagi menunjukkan jalan-jalan kebahagian dunia dan akhirat. Malaikat Jibrail akan berulang alik mengunjungi baginda dengan membawa ajaran-ajaran Allah.

 

            Wahyu Allah merupakan Al-Qur’an iaitu kitab suci bagi orang-orang islam (Muslimin). Islam agama Allah yang terakhir yang diredhainya untuk manusia dan Muhammad adalah Nabi yang terakhir : Khatamun Nabiyyin. Selepasnya tiada Nabi dan Rasul.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s