MENYINSINGNYA FAJAR ISLAM

Posted: Jun 1, 2009 in Kerana Allah

    “ Wahai Manusia! Allah telah memerintahkan  kepadamu menyembah-Nya  dan janganlah kamu menyekutukan Dia dengan sesuatu apa pun “

  Demikian Nabi Muhammad s.a.w menyampaikan dakwah Islam kepada penduduk Mekah.

 

            Baginda berkeliling mengunjungi rumah mereka berdakwah secara terang-terang setelah dating perintah dari Allah untuk berbuat demikian. Tindakan Baginda telah mengoncangkan kaum-kaum musyrikin sehingga apabila Rasulullah mendatangi rumah-rumah orang Mekah maka Abu Lahab akan mengiringinya dari belakang.

 

            “Wahai Manusia Dia ini menyuruh kamu meninggalkan  agama nenek-moyangmu.” Demikian pula hasutan Abu Lahab  yang menggerakkan orang ramai supaya menghalang Nabi s.a.w  daripada berdakwah.

 

            Maka bermulalah pergolakan yang hebat di Kota Mekah.

 

            Pamuda Quraisy berusaha dengan kekerasannya untuk membantutkan fajar islam  yang telah mula menyinar itu. Segala macam usaha dilakukan dari fitnah dan tuduh-menuduh liar seperti kena kena sihir, gila dan mengancam menginjak tengkok Nabi Muhammad s.a.w sehinggalah mereka merancang hendak membunuh baginda.

 

            “Ajaklah mereka kepada : la ilaha illallah.”

 

            Demikian Jibrail menekankan kepada Nabi s.a.w sehingga tidak seorang manusia yang baginda takuti.

 

            Di tengah-tengah kekalutan ancaman Quraisy itu, Nabi s.a.w dapat membawa beberapa orang memeluk Islam. Abu Bakar adalah diantaranya  dan bila melihat beliau melihat hamba-hamba yang disiksa segeralah beliau menebus dan memerdekakannya, seperti Bilal dan ‘ Amir bin Fuhairah.

 

            “ Assalamu alaikum Ya! Rasulullah “, salam-salam yang diucapkan oleh batu, kayu dan tanah kepada Nabi s.a.w sebagai satu mukjizat. Ke mana juga baginda pergi, maka baginda akan menemui mahk (alam benda) ini mengucapkan salam iaitu disaat ramai yang memusuhi baginda atas usaha Abu Jahal, Abu Lahab dan lain-lainnya.

 

            Di tengah-tengah Jahilliyah ini, kini muncul cahaya Islam  dan ia dinikmati oleh sebilangan orang yang sihat mata-hatinya atau orang-orang tidak buta-hati. Fajar Islam telah mula menyingsing.

 

            Pada satu ketika bapa saudara Nabi iaitu Abu Thalib melihat baginda dengan Ali bin Thalib sedang salat (Zaman sebelum Isra’), beliau merasa hairan kerana perbuatannya berlainan dengan apa yang lazim pada Masyarakat Mekah waktu itu.

 

            “Wahai Muhammad , agama apakah yang engkau anuti itu ?” Tanya Abu Thalib kepada anak saudaranya.                                

 

            “ Wahai bapa saudaraku, inilah agama (yang diturunkan ) Allah, agama Malaikat dan Rasul-rasul Nya. Dan agama nenek kita Ibrahim a.s . Allah telah mengutuskan anakanda menjadi Rasul kepada hamba-hambanya.”

 

            “ Wahai bapa saudaraku, engkau adalah orang yang paling berhak menerima nasihatku. Aku mengajak kepada pertunjuk Allah, paling berhak pula memperkenankan dakwahku dan menolong aku.”

 

            Demikian dialog Nabi s.a.w  menjawab pertanyaan beliau dengan harapan semoga beliau menerima  dengan baik.

 

            “Wahai Muhammad! Demi Allah, aku tidak sanggup untuk meninggalkan agama nenek moyangku dan ajaran-ajarannya. Tetapi demi Allah, selama aku hidup, tidak akan sampai kepada engkau apa yang engkau tidak ingini.”

 

            Abu Thalib menjawab yang penuh ketegangan rasa dalam hati yang menolak.                

 

            Dengan sikap dan jawapan bapa saudaranya itu, sudah tentu menjadi penawar jiwa kepada Nabi s.a.w  di tengah-tengah keluarga baginda yang memusuhinya dengan keras. Apatah lagi Ali Bin Thalib sebagai anak muda yang dapat pula dorongan dari ayahnya. Kepadanya Abu Thalib berpesan supaya seiring mendampingi Nabi Muhammad s.a.w walaupun beliau sendiri  belum terbuka hati mengikutinya.

 

            “Ikutlah dia (Muhammad) selalu selama dia mengajak kamu kepada yang baik”. Demikian kata anjuran Abu Thalib kepada anaknya Ali.

 

                        Dorongan itu sungguh mengembirakan Ali dan Nabi s.a.w sendiri dan baginda  berdoa semoga  Abu Thalib sendiri dapat menganuti Islam bersama-sama mereka.

 

            Fajar Islam sudah menyising di Kota Mekah dan ini amat mengejutkan jahiliah yang dalam kegelapan itu. Maka hari sinarnya makin bertambah naik menerangkan kehidupan insani. Dalam perjuangan yang penuh cabaran itu, Nabi s.a.w mengisi kehidupannya sebagai seorang rasulullah dan meninggalkan contoh teladan bagu umat-umat yang kemudian.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s