Utara: Dua tan ikan dilepas di Tasik Pendang

Posted: Jun 15, 2009 in 1

PENDANG: Hampir dua tan pelbagai jenis ikan, termasuk patin, tongsan dan keli dilepaskan ke Tasik Pendang di sini, semalam yang menjadi lokasi Karnival Memancing Bank Rakyat-Joran 2009 selama dua hari pada Jumaat dan Sabtu ini.

Turut menunggu lebih 1,500 kaki pancing dalam karnival memancing berprestij itu ialah ikan dari spesies lain yang sedia menghuni tasik berkenaan, termasuk rohu, lampam dan haruan yang pastinya menggamatkan suasana pertandingan itu.

Karnival Memancing Bank Rakyat-Joran itu yang julung kali diadakan di Tasik Pendang, turut mendapat kerjasama Majlis Daerah Pendang (MDP).
Majlis pelepasan ikan itu turut dihadiri Setiausaha MDP, Muhamad Mahazi Ibrahim; Pengarang Joran/Projek Berita Harian, Kamal Ahmad; Pengurus Bank Rakyat Cawangan Jitra, Radzi Abdul Aziz dan Pengurus Bank Rakyat Cawangan Mergong, Ahmad Mazlan Manaf.

Kamal berkata, beberapa ekor ikan patin dan tongsan sehingga seberat 12 kilogram (kg) seekor menunggu kaki pancing untuk dinaikkan pada pertandingan memancing itu nanti.

Bank Rakyat menaja RM120,000 bagi menjayakan pertandingan yang sentiasa mendapat sambutan hebat daripada pemancing seluruh negara itu.

Pertandingan itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM40,000 dengan juara membawa pulang RM15,000, kedua (RM8,000) dan ketiga (RM5,000) selain 10 hadiah masing-masing berjumlah RM400, RM300, RM200 dan RM100.

Selain peralatan memancing dan hamper, penganjur menyediakan sebuah motosikal Modenas Kriss sebagai hadiah utama cabutan bertuah. Sejumlah 1,500 helai kemeja-T turut disediakan kepada peserta.

Selain pertandingan memancing yang bermula pada pagi Sabtu, orang ramai boleh mengunjungi karnival itu di Stadium Mini Pendang mulai jam 9 pagi Jumaat hingga jam 11 malam kerana pelbagai aktiviti akan diadakan bagi memeriahkan acara itu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s