Lima lagi pasar tani akan diwujudkan di N. Sembilan tahun ini

Posted: Jun 17, 2009 in Suntingan Berita
14/06/2009 2:04pm

SEREMBAN 14 Jun — Sebanyak lima buah lagi pasar tani akan diwujudkan di Negeri Sembilan sebelum akhir tahun ini.

 

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Yunus Rahmat berkata pasar tani tersebut ialah di Juasseh di Kuala Pilah, Taman Permai (Lukut, Port Dickson), Felda Jelai (Gemas), Pedas (Rembau) dan pusat rekreasi Ulu Bendul (Kuala Pilah).

 

“Pembukaan pasar tani berkenaan adalah bergantung kepada hasil kajian potensi setempat, kelulusan oleh pihak berkuasa tempatan dan bilangan penyertaan usahawan niaga,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program promosi jualan ternakan dan akuakultur di pasar tani mega Paroi Jaya di sini, hari ini.

 

Katanya setakat ini terdapat 21 buah pasar tani yang beroperasi di negeri ini membabitkan 898 usahawan niaga.

 

Sementara itu, Yunus berkata jualan pasar tani di negeri ini bagi tempoh Januari hingga April, 2009 adalah berjumlah RM6.08 juta, berbanding RM4.4 juta bagi tempoh yang sama pada tahun lepas, iaitu meningkat 38 peratus.

 

Mengenai program promosi jualan ternakan dan akuakultur di pasar tani, beliau berkata ia dianjurkan sebagai usaha untuk meningkatkan permintaan produk ternakan dan akuakultur di peringkat domestik.

 

Komoditi yang terlibat dalam program promosi itu ialah ayam kacukan kampung, puyuh, ikan keli, ikan tilapia dan ikan patin. – Bernama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s