Memancing: Tentera menang RM10,000

Posted: Jun 17, 2009 in Suntingan Berita

JINGGA Sedin bersama ikan keli yang ditangkapnya di Johor Bahru, semalam.



JOHOR BAHRU 6 Jun – Pegawai Waran II, dari Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada) Ulu Tiram, Jingga Sedin, 40, membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 apabila menjuarai pertandingan memancing di Laman Tasik Pandan di sini hari ini.

Anak kelahiran Sarawak itu muncul juara pertandingan anjuran Mahligai Resort Sdn. Bhd., setelah berjaya ‘mendaratkan’ ikan keli seberat 3.25 kilogram dengan menggunakan umpan perut ayam yang digaul dengan telur ayam tua yang diperap semalaman.

Menurut Jidin, petua menggunakan umpan itu dipelajari daripada rakan-rakannya yang juga kaki pancing, namun tidak menjangka akan memenangi pertandingan itu.

“Saya datang hanya untuk seronok-seronok dan ini adalah kali pertama saya memenangi hadiah dalam pertandingan memancing,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi pertandingan.

Pertandingan yang menawarkan hadiah keseluruhan RM22,000 itu turut mendapat kerjasama daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Majlis Tindakan Pelancongan negeri, dibuka kepada orang ramai.

Sebanyak empat tan ikan daripada pelbagai spesies termasuk keli, patin, pacu dan talapia dilepaskan ke dalam tasik itu bagi menjayakan kejohanan itu yang disertai kira-kira 500 pemancing dengan yuran penyertaan RM90 seorang.

Jingga berkata, dia mula menaruh keyakinan untuk menjuarai kejohanan itu kira-kira 15 minit sebelum kejohanan itu berakhir memandangkan ikan keli yang dipancingnya adalah paling berat berjaya didaratkan ketika itu.

Jingga berkata, dia memancing sejak usia belasan tahun lagi dan ahli keluarganya sudah memahami dan menyokong minatnya.

Katanya, dia selalu memancing di sekitar Stulang dan berdekatan Tambak Johor bersama rakan-rakan tentera yang juga kaki pancing.

habis//

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s