Penduduk sahut Kempen Tanam Sendiri Jimat Belanja

Posted: Jun 17, 2009 in Suntingan Berita

KOTA TINGGI 22 Mei – Sebanyak 300 anak pokok cili, biji benih dan baja diserahkan kepada penduduk sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Raja, dekat sini sebagai menyahut ‘Kempen Tanam Sendiri Jimat Belanja’.

Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi, Junaidye Along berkata, kempen tersebut bertujuan mendidik masyarakat dan generasi muda menjadi rakyat yang berjimat cermat dengan menanam sayur di halaman rumah mereka.

“Kempen Tanam Sendiri Jimat Belanja” sebenarnya merupakan satu konsep di bawah Pembangunan Keluarga Tani dan lanjutan daripada Kempen Bumi Hijau yang dilancarkan pada Mei 2006 oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Adalah menjadi tugas kami untuk mendidik masyarakat dan generasi muda sekarang dengan kefahaman yang lebih mendalam supaya mereka menjadi rakyat yang berjimat cermat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Biji Benih dan Baja Peringkat DUN Pasir Raja di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Felda Bukit Besar, Kulaijaya, di sini kelmarin.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Raja, Datuk Dr. Adham Baba turut mengajak rakyat mengubah kehidupan dengan berjimat cermat berikutan kesan kenaikan harga barangan yang tidak menentu bagi mengurangkan kadar inflasi.

Beliau berkata, rakyat yang bijak berbelanja seharusnya boleh merancang perbelanjaan sendiri dan tidak terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan.

Pada majlis itu, Adham turut melepaskan anak ikan keli ke tapak projek Bumi Hijau PDK Felda Bukit Besar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s