Projek perintis tanam cili

Posted: Jun 17, 2009 in 1

KOTA TINGGI 4 Jun – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mewakili empat koperasi daerah ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Afnan Technologi Sdn. Bhd., sebagai perintis projek tanaman cili yang bertujuan meningkatkan pendapatan koperasi tersebut.

Empat koperasi terbabit ialah Koperasi Pekebun Kecil Wilayah Johor Selatan Berhad (Kopris), Koperasi Peserta Felcra Mawai Baru Berhad (KPR), Koperasi Pembangunan Kampung Tersusun Mawai Baru Berhad (Kopema) dan Koperasi Pekebun Kecil Daerah Kota Tinggi Berhad (Kopta).

MoU itu ditandatangani Pengarah Bahagian Pembangunan Perniagaan SKM, Abdullah Dohat dan Pengarah Urusan Afnan Technologi, Rosli Khalid yang disaksikan Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Mangsor Saad.

Menurut Mangsor, menerusi MoU itu, Afnan dan empat koperasi itu dipertanggungjawabkan untuk menyediakan kemudahan infrastruktur dengan menjalankan projek tanaman cili di kawasan pertanian seluas 16.19 hektar yang akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

“Menerusi MoU ini, kerjasama kedua-dua pihak iaitu koperasi dipertanggungjawabkan menjalankan kerja infrastruktur, manakala Afnan memberi ilmu, teknologi dan pemasaran,” katanya selepas menandatangani MoU itu di Bangunan Kopema, di sini kelmarin.

Beliau berkata, projek tanaman cili itu akan melengkapkan projek berkonsepkan ‘mentor-menti’ dan Kota Tinggi adalah perintis bagi tanaman ini di Johor.

Projek seumpama itu telah dilaksanakan di beberapa negeri seperti projek ikan keli dan cendawan di Selangor, projek lembu dan ayam di Kedah dan Perlis, manakala tanaman roselle dan knaf di Kelantan dan Terengganu.

“Apa yang paling utama ialah teknologi dan pemasaran dalam melaksanakan projek ini iaitu SKM hanya sebagai penggalak manakala syarikat berperanan dan bekerjasama memberi teknologi bagi menggalakkan koperasi yang berminat dalam skim ini,” katanya.

Dalam pada itu, Mangsor menjelaskan, sehingga kini sebanyak 6,084 koperasi telah didaftarkan di negara ini dengan ahli seramai 6.5 juta orang.

Dari segi kekuatan aset, koperasi mempunyai RM55 bilion tetapi sumbangan tersebut masih kecil iaitu hanya satu peratus daripada pengeluaran negara, katanya.

Sehubungan itu SKM kini dalam usaha untuk mengembangkan lagi aset dan menyasarkan pengeluaran kepada lima peratus menjelang tahun 2013.

“Saya percaya sasaran tersebut dapat dicapai berikutan peningkatan jumlah jualan pada tahun 2007 daripada 6.10 peratus kepada 7.75 peratus pada 2008,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s