Ternakan keli punca busuk

Posted: Jun 17, 2009 in Suntingan Berita

PASIR MAS 21 Mei – Penduduk Kampung Padang Terang dekat sini mendakwa sebuah pusat ternakan ikan keli dan kilang pemprosesan makanan ikan di kampung itu telah menyebabkan bau busuk dan rumah mereka dihurungi lalat.

Setiap hari mereka terpaksa berdepan dengan bau hanyir yang meloyakan dan mereka mendakwa aduan mereka kepada pengusaha pusat terbabit tidak diendahkan.

Berikutan itu, mereka mengharapkan campur tangan pihak berwajib dalam menangani masalah pencemaran bau itu.

“Kalau di kawasan kampung yang lain, penduduk boleh hidu udara nyaman tetapi di kampung kami, busuknya tidak ubah seperti berada di pasar ikan.

“Bayangkanlah, setiap hari bau hanyir dan busuk ikan itu menusuk ke rongga hidung sampai terasa sangat meloyakan” kata seorang penduduk kampung berkenaan, Abdullah Ismail, 52, kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd. Krishna Awang, 48, pula mendakwa tindakan tidak bertanggungjawab pengusaha kilang yang melepaskan air sisa kumbahan ke atas tanah telah menyebabkan air perigi penduduk turut tercemar dan berbau busuk.

“Penduduk kampung ini kebanyakannya mendapatkan air daripada perigi kerana tiada air paip di kampung ini, tetapi akibat adanya kilang ikan itu, air perigi kami bertukar jadi busuk dan kotor kehijauan,” katanya.

Beliau mendakwa pengusaha kilang berkenaan tidak menyediakan sistem saliran kumbahan yang baik untuk menyalurkan air ternakan yang sudah busuk ke tempat yang sewajarnya sebaliknya hanya melepaskan air berkenaan terus ke atas tanah penduduk kampung.

Mohd. Krishna berkata, penduduk kampung sudah kerap berjumpa dan memberitahu permasalahan terbabit kepada pengusaha kilang, bagaimanapun tiada tindakan dibuat oleh pihak kilang terbabit.

“Penduduk kampung bukannya mahu membesarkan hal ini tetapi berharap pihak berwajib melakukan pemantauan di kawasan kilang berkenaan kerana selain tidak tahan dengan bau busuk, kami juga terdedah kepada pelbagai penyakit akibat nyamuk dan lalat yang banyak,” katanya.

– BERNAMA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s