Saji ikan air tawar di asrama

Posted: Jun 30, 2009 in 1

 

Oleh NOR SEDEK ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

 

SHAH ALAM 21 Jun – Kabinet bersetuju mewajibkan pihak pentadbiran asrama di sekolah, kolej dan universiti menyediakan satu hidangan berasaskan ikan air tawar sekali seminggu.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Nor Omar berkata, langkah itu diputuskan pada mesyuarat Kabinet Rabu lalu sebagai cara untuk mempromosikan ikan air tawar kepada generasi muda.

Bagaimanapun, jelasnya, syarat itu hanya ditetapkan kepada kontrak baru yang membekalkan makanan di institusi-institusi pendidikan terbabit.

”Pendekatan ini membolehkan usaha promosi ikan air tawar lebih berkesan dan generasi muda tidak merasa janggal dengan hidangan tersebut.

”Secara langsung dengan dasar baru berkenaan, masa depan industri akuakultur di negara ini akan berkembang dan bertambah baik,” katanya.

Noh bercakap pada sidang akhbar selepas melancarkan Promosi Ikan Air Tawar di Pasar Tani Peringkat Kebangsaan di Tapak Pasar Tani Mega, Stadium Shah Alam di sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Prof. Dr. Datin Aishah Salleh, timbalan menterinya, Datuk Rohani Abdul Karim dan Pengerusi FAMA, Datuk Paduka Badruddin Amiruldin.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang berkata, kerajaan memberi perhatian serius terhadap usaha-usaha promosi tersebut kerana negara mengimport 350,000 tan ikan dan produk ikan air masin tidak kurang daripada RM2.2 bilion setiap tahun.

Ekoran itu, jelasnya, peningkatan sumber ikan terutamanya daripada industri akuakultur diharap dapat menjadi sumber pengganti kepada ikan basah yang diimport terutama menerusi Program Projek Berimpak Tinggi-Zon Industri Akuakultur (HIP-ZIA).

Antara projek ZIA adalah di Sungai Como, Tasik Kenyir (Terengganu), Tasik Temenggor (Perak), Tasik Pergau (Kelantan), Tasik Pedu (Kedah) dan Ulu Teriang (Negeri Sembilan).

”Kerajaan turut memperuntukkan sebanyak RM358 juta untuk membina infrastruktur asas dan peralatan sokongan teknikal bagi menarik penglibatan sektor swasta dalam industri akuakultur yang telah dijadikan industri berimpak besar di negara ini.

”Ini semua melibatkan 28,000 kawasan di seluruh negara merangkumi darat, kawasan air tawar dan laut,” ujarnya.

Malah, katanya lagi, bagi memastikan industri ikan air tawar terus terjamin, kementeriannya akan membentangkan Akta Bekalan Makanan Haiwan di Parlimen.

Menurut Noh, antaranya akta itu akan memastikan bahan makanan termasuk daripada ikan air tawar adalah bersih dan suci supaya tidak menimbulkan keresahan pengguna Islam.

Tambahnya, pihak yang melanggar peraturan itu akan dikenakan hukuman denda atau penjara setimpal dengan kesalahan dilakukan.

”Di bawah akta itu juga, kita dapat membendung kegiatan dianggap sabotaj industri ikan air tawar seperti pernah berlaku terhadap penjualan ikan patin dan baru-baru ini ikan keli kerana ternakan tersebut telah diberi makanan daripada hasil haram dari segi Islam.

”Perbuatan ini mendukacitakan saya, tetapi dengan adanya akta ini, pihak yang didapati sengaja berbuat demikian boleh dikenakan tindakan tegas kerana ia juga dianggap telah mensabotaj ekonomi negara,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s