Bengkel ternak keli Pro Asli ke Pantai Timur

Posted: Julai 12, 2009 in 1

BENGKEL mengenai penternakan keli dengan menggunakan teknik Pro Asli akan berada di Pantai Timur.

Bengkel tersebut akan diadakan di Kuantan, Pahang pada 1 Ogos ini dan Kota Bharu Kelantan pada 8 Ogos.

Bengkel berkenaan mendedahkan kepada para penternak tentang kaedah ternakan Pro Asli yang turut dikenali sebagai magic grow yang dilihat lebih menjimatkan kos makanan ternakan.

Terdapat tiga jenis makanan alternatif iaitu sumber mineral untuk penghasilan makanan semulajadi dan sumber makanan asli dalam air, sumber vitamin untuk membantu tumbesaran dan perkembangan keli dan kaedah biotek air untuk memperbaiki struktur air dan bau kolam ternakan.

Penemuan kaedah pemakanan alternatif ikan keli oleh Pusat Penyelidikan Bioteknologi Perintis ini telah ketuai oleh seorang peguam yang telah menggabungkan teknologi dari Jepun dan Thailand.

Teknologi ternakan di Jepun amat menitikberatkan faktor kebersihan, kesihatan dan kualiti ikan manakala teknik di Thailand mementingkan penjimatan kos yang ketara. Jadi, kedua-duanya digabungkan untuk menghasilkan kaedah ternakan Pro-Asli (Probiotik dan Asli).

Bagi mereka yang mengusahakan secara kecil-kecilan, mereka boleh menjimatkan kos pelet sehingga 100 peratus dengan memberikan lebihan nasi atau roti kepada ikan.

Namun, bagi yang menternak skala komersial, penjimatan pelet boleh dikurangkan sebanyak 50 peratus ke 70 peratus mengikut kaedah pemberian makanan kepada ikan dan tempoh masa tuaian yang diinginkan oleh penternak.

Penjimatan kaedah Pro-Asli boleh mencecah antara dua dan tiga kali berbanding penggunaan 100 pelet.

Penternakan kaedah pro asli ini adalah berbeza dengan kaedah pemakanan organik yang digunakan oleh sebilangan penternak baru-baru ini.

Kaedah ini masih memerlukan sumber makanan tambahan tetapi dapat mengurangkan kebergantungan ikan keli kepada pelet dengan bantuan ternakan mikrob, sumber mineral dan sumber vitamin.

Di antara objektif penganjuran bengkel ini adalah untuk membantu para penternak yang kini berhadapan dengan krisis kenaikan harga makanan ikan. Kebergantungan terhadap pelet ikan telah menyebabkan ramai pengusaha ikan yang mengalami kerugian dan terpaksa menutup kolam-kolam ternakan walaupun permintaan untuk ikan keli semakin tinggi.

Menurut pengurus bengkel berkenaan, Hilmy Hamzah, apa yang diharapkan adalah bengkel tersebut dapat membuka peluang dan ruang kepada penternak ikan keli untuk meneruskan semula ternakan mereka.

“Ramai pengusaha ternakan keli tidak dapat meneruskan perniagaan mereka kerana masalah kos pelet yang melambung tinggi,” katanya.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai bengkel tersebut bolehlah menghubungi talian 03-61873796.

Komen-komen
  1. yusus nyawau berkata:

    boleh saya tahu lebih lanjut mengenai magic grow

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s