Karisma: Hasil makanan halal untuk keli

Posted: Julai 24, 2009 in 1

 

DILEMA penternak ikan keli Bumiputera ialah mendapatkan makanan dijamin 100 peratus halal dan itu yang cuba diatasi FQ Feedmill Sdn Bhd yang beroperasi di Kawasan Perusahaan Bukit Angkat, Kajang, Selangor.

Pengarahnya, Dr Iskandar Roshan Abdullah, memaklumkan pihaknya mengambil keputusan menghasilkan makanan ikan keli halal bagi memenuhi permintaan seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

“Kami mendapatkan tujuh mesin dari China bagi menghasilkan hingga 40 tan makanan ikan keli halal setiap bulan. Jumlah berkenaan mungkin kecil berbanding syarikat besar yang mampu menghasilkan hingga 200 tan sebulan.

“Bagaimanapun, ia adalah langkah permulaan dan setakat ini, walaupun baru setahun beroperasi, permintaan yang kami terima sungguh menggalakkan kerana penternak Bumiputera sedar betapa pentingnya makanan halal untuk ternakan ikan keli mereka,” katanya.

 

 
 

Pada masa sama, syarikat menggunakan khidmat pakar formulasi sebagai usaha pembangunan dan penyelidikan (R&D) untuk mendapatkan formula terbaik menghasilkan makanan halal untuk ikan keli.

 

Menurut Iskandar, setiap formula baru mengambil masa antara tiga hingga empat bulan untuk dicipta, dikaji, diuji sebelum disahkan boleh digunakan untuk menghasilkan makanan berkenaan.

“Ia bukan tugas mudah, tetapi syukur kerana kami berjaya melakukannya. Bahan asas untuk menghasilkan makanan itu sama dengan yang ada dalam pasaran, tetapi bahan tertentu saja perlu menggunakan formula baru bersesuaian dengan takrifan halal dalam Islam.

“Setakat ini kami berjaya menghasilkan tiga jenis makanan halal untuk ikan keli diklasifikasikan sebagai Keli-Pro 32, Keli-Pro 25 dan Keli-Pro 18. Kami menjaga formula kehalalannya, tidak seperti sesetengah makanan yang menggunakan campuran darah serta tulang,” katanya.

Antara bahan digunakan oleh FQ Feedmill Sdn Bhd adalah bilis kisar halal dari New Zealand, ikan hering, minyak ikan mentah, beras hancur, pelbagai galian serta vitamin juga Azomite.

Pada masa sama, dedak yang dihasilkan juga 99 peratus organik.

“Sebagai umat Islam, makanan yang dimakan mesti diketahui daripada mana sumbernya, selain sama ada ia halal atau sebaliknya.

“Apabila ikan dimakan bersih dan diketahui sumber makanannya, sudah pasti ia mampu membentuk jati diri serta keperibadian kita,” katanya.

Komen-komen
  1. mukhtar affandi berkata:

    saya seorang penternak keli
    bagaimana saya nak hubungi syarikat tuan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s