Patani disaran rebut peluang

Posted: Julai 24, 2009 in 1
 
Mohd Sabri Said
Wed | May 28, 08 | 11:06:46 am MYT
BUKIT MERTAJAM, 28 Mei (Hrkh) – Petani negeri ini disaran merebut peluang pertanian yang lebih komersial dan jangan sekali-kali merasa sudah memadai menceburi pertanian untuk sara hidup sahaja kata, Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir Negeri, Law Choo Kiang.

Iklan
 
   
   

Menurutnya, pertanian sekarang merupakan satu perniagaan bukan lagi macam dulu untuk saraan hidup keluarga semata-mata.

Jesteru, kementerian yang dipertanggungjawabkan akan berusaha membantu para petani dengan memperkenalkan berbagai kaedah atau tanaman bercorak moden bagi meningkatkan penghasilan.

“Petani hendaklah berani menceburkan diri bidang pertanian yang lebih komersial dan jangan harap pada pertanian cara lama. Sekarang ini mereka kena rebut peluang di hadapan mata ekoran pertambahan teknologi di bidang berkenaan,” ujarnya dalam sidang akhbar selepas majlis pertemuan dengan nelayan Sungai Sembilang, Juru petang semalam.

Baginya, slogan Kementerian Pertanian sendiri iaitu ‘Pertanian Satu Perniagaan’ adalah pemangkin kepada gerakan memajukan petani dengan pembekalan teknologi baru.

Walaupun Kerajaan Negeri memperuntukan 1.5 peratus sahaja untuk bidang ini di Pulau Pinang namun beliau berjanji akan membawa bidang ini selari dengan kemajuan yang ada.

Law Choo Kiang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tambun menambah, petani jangan hanya nampak pertanian melibatkan sayuran atau padi semata-mata bahkan lebih daripada itu.

Umpamanya, ternakan ikan, ayam atau itik mempunyai pasaran yang lebih tinggi dengan pendapatan yang lebih lumayan, katanya.

“Kebanyakan petani nampak bidang pertanian ini melibatkan tanah seperti tanaman sayur atau padi tanpa melihat lebih jauh seperti ternakan ikan, ayam atau itik. Ternak ikan pula ada berbagai seperti ikan keli, haruan atau ikan perhiasan yang mula mendapat tempat dalam pasaran sekarang,” jelasnya.

Sambung beliau, ternakan lintah, cacing dan terbaru burung ‘walit’ atau layang-layang boleh membuka pasaran sehingga keluar negara.

Beliau sendiri berbangga kerana Pulau Pinang adalah negeri ketiga terkenal dengan ternakan burung walit.

Sebagai exco berkaitan pertanian beliau menyeru seluruh petani agar lebih matang untuk melakukan perubahan melalui pertanian kerana bidang berkenaan turut memberikan nilai aset terpenting negara terutamanya pemakanan berasaskan beras. – mns_

<!––> 

 
 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s