Posted: September 28, 2009 in 1

Right Bio mahu pasarkan produk ikan keli ke AS, Korea

SITI Nurhasanah menunjukkan antara produk keluaran The Rights Bio Keli Industries iaitu keli dalam tin dan serunding keli di Hulu Langat, Selangor, baru-baru ini.



KUALA LUMPUR 21 Sept. – The Rights Bio Keli Industries Bhd. (Right Bio) kini berusaha mengorak langkah untuk memasarkan produk berasaskan ikan keli ke Amerika Syarikat dan Korea.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Amri Salleh Hudin berkata, Right Bio masih dalam proses perbincangan dengan beberapa agen pemasaran di sini dalam membantu memasarkan produk tersebut di sana.

”Bagi pasaran didalam negara, kami telah mengenalpasti beberapa pihak sebagai pengedar produk kami di seluruh negara.

”Buat masa ini, kami bekerjasama dengan pihak Jusco dan Mydin dalam memasarkan produk-produk tersebut di pasar raya mereka,” katanya ketika dihubungi oleh Utusan Malaysia di sini.

Beliau berkata, penghasilan keli dalam tin adalah hasil kerjasama dengan sebuah syarikat pengetinan yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri Terengganu.

Setakat ini, Right Bio mempunyai tiga perasa berlainan bagi keli dalam tin atau sardin keli iaitu, perisa sos tomato, sos tomato pedas dan kari.

”Segala bahan mentah dihantar oleh syarikat dan merupakan produk ternakan syarikat yang terletak di Hulu Langat, Selangor,” katanya.

Amri menjelaskan, syarikatnya merupakan penternak keli secara organik yang mementingkan kebersihan serta suci bagi menghasilkan keli yang bersih untuk di makan.

Menurutnya, syarikatnya membekalkan sebanyak dua tan ikan sebulan untuk Pasar raya Mydin bagi pasaran di pasar raya tersebut.

”Produk-produk berasaskan keli tersebut akan mula dipasarkan pada bulan Oktober tahun ini di seluruh negara,” katanya.

Katanya, selain keli hidup, syarikat itu juga memperkenalkan produk makanan berasaskan ikan keli seperti keli dalam tin, serunding keli dan juga makanan sejuk beku.

Amri menjelaskan, serunding ikan keli mula diperkenalkan sejak tahun lalu semasa musim perayaan.

Katanya, pengenalan bagi produk sejuk beku pula merupakan kajian syarikat bagi mempelbagaikan hasil dan produk berasaskan keli.

”Melalui kajian tersebut kami telah dapat menghasilkan beberapa produk seperti bebola ikan, kek ikan dan ‘nugget’ ikan yang berasaskan ikan tersebut.

”Kepelbagaian produk keli dapat menampung permintaan ikan tersebut dalam pasaran di samping menampung lambakan ikan tersebut,” tambah beliau

Komen-komen
  1. mr zuu berkata:

    bolah tak ambil ikan keli sy.100%pallet.call 0179449714

  2. azhar berkata:

    saya ade 20 kolam kanvas yg dah lama tak diuasakan kan sbb kene tipu , tp tak ape lah biar allah saje yg balas si penipu tu kemudian. saya nak ternak kembali ternak ikan keli, saya cuma harap saya nak jual ikan keli saya yg matang kepada encik, dulu sekali keluaran dpt 2 tan sekali, kalau encik ingin membautu saya … email lah saya…terima kasih .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s