Pasar tani khas FAMA bekal keperluan raya

Posted: September 28, 2009 in 1

KUALA KANGSAR 16 Sept. – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Malaysia (FAMA) akan mengadakan pasar tani khas menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri di sini pada Sabtu ini bagi membekalkan pelbagai barangan keperluan orang ramai.

Pegawai FAMA Daerah Kuala Kangsar, Shaharuddin Adam berkata, antara hasil pertanian yang akan dijual ialah ulam-ulaman, sayuran dan perencah termasuk serai, daun kunyit, daun palas atau daun kelapa serta buluh lemang.

”Paling penting ialah kita akan menjual ayam dan daging pada hari tersebut dengan menawarkan harga rendah sedikit daripada harga pasaran,” katanya di sini hari ini.

Shaharuddin berkata, pada masa yang sama, pihaknya turut mempromosikan ikan air tawar dengan menawarkan harga lebih rendah berbanding harga pasaran.

Jelas beliau, antara ikan air tawar yang dijual murah ialah ikan baung pada harga RM16 satu kilogram dan ikan-ikan lain dengan berat yang sama iaitu ikan tilapia (RMl0), ikan patin (RM9) dan ikan keli (RM4), manakala telur itik dijual pada harga 40 sen sebiji.

Sementara itu, Shaharuddin memberitahu, usaha FAMA mengedarkan 500 bungkus bubur lambuk secara percuma kepada pengunjung dan pengusaha pasar tani anjuran agensi itu baru-baru ini bertujuan menghargai para pengunjung pasar tani.

Katanya, bubur lambuk itu disediakan secara bergotong-royong oleh semua peniaga pasar tani bagi menyemai perpaduan sesama mereka.

”Pengedaran bubur lambuk selain menggalakkan amalan bersedekah di bulan Ramadan, ia juga sebagai tanda penghargaan FAMA dan pengusaha pasar tani kepada pelanggannya yang telah memajukan pasar tani,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s