Pertandingan memancing UUM hari ini

Posted: Oktober 4, 2009 in 1

ALOR SETAR 2 Okt. – Universiti Utara Malaysia (UUM) akan mengadakan pertandingan memancing bagi memeriahkan Ekspo Konvokesyen Ke-22 Universiti Utara Malaysia (EKUUM) yang bermula esok hingga Isnin ini.

Pengarah Pusat Sukan UUM, Shafferi Rejab berkata, buat pertama kalinya pertandingan itu akan diuruskan sendiri oleh para pelajar.

Katanya, kira-kira dua tan ikan keli telah dilepaskan ke dalam Tasik Sime Darby semalam dan sedia menanti umpan kaki pancing yang berminat untuk menyertai pertandingan tersebut.

“Saya mahu staf UUM terutamanya staf akademik turun memberi sokongan dan suntikan semangat kepada mereka.

“Pertandingan yang akan berlangsung ini diharap berjalan lancar dan persediaan teknikal dibuat dengan kemas oleh semua petugas,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, pertandingan ini bertujuan mewujudkan jalinan mesra antara warga kampus dengan masyarakat luar.

“Dengan adanya pertandingan memancing anjuran Sekretariat Pencegahan Rasuah UUM (SPRUUM), mahasiswa dapat didedahkan dengan aktiviti memancing di kawasan tasik di samping melatih sifat sabar,” ujarnya.

Jelasnya, dalam pertandingan yang bermula pada 7 pagi sehingga 2.30 petang itu, peserta turut berpeluang memperoleh cabutan bertuah, persembahan muzik live band dan pertandingan mewarna untuk anak-anak peserta.

“Penyertaan terbuka kepada semua kaki pancing atau sesiapa yang berminat tidak kira daripada warga kampus mahu pun orang luar.

“Yuran penyertaan RM50 bagi setiap peserta dan RM30 bagi pelajar UUM,” katanya.

Tambahnya, pemenang tempat pertama akan membawa pulang RM5,000, kedua RM3,500 dan ketiga RM1,500. Hadiah lain turut disediakan sehingga tempat ke-20 berserta trofi.

Mereka yang berminat boleh hubungi Saabirin Hamid (012-5910914) dan Iswan Ibrhim @ Ibrahim (017-2134696/019-4521429).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s