Baram jadi kawasan pusat pertanian

Posted: Oktober 15, 2009 in 1

MIRI 4 Okt. – Lebih 70, 000 penduduk di Parlimen Baram bakal menikmati lonjakan sosioekonomi apabila kawasan itu akan ditransformasikan sebagai pusat pertanian berasaskan makanan di Sarawak.

Ahli Parlimen Baram, Datuk Jacob Dungau Sagan berkata, projek itu akan dibangunkan di bawah Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP) yang dilancarkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada April tahun ini.

Jacob yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri memberitahu, setakat ini MPPP sudah mengenal pasti tanaman yang berpotensi besar iaitu pisang berangan menggunakan baka baru.

”Kawasan Baram pada suatu ketika dulu pernah terkenal dengan tanaman pisang yang dijual di Marudi dan Miri memandangkan kawasan di sepanjang Sungai Baram amat subur dan sesuai untuk tanaman pisang.

”Justeru kita akan mendapatkan bantuan daripada Jabatan Pertanian Sarawak dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk melaksanakan projek ini,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat MPPP yang pertama di Pejabat Residen Miri di sini semalam.

Menurut Jacob, pisang berangan baka baru itu mampu mengeluarkan buah yang banyak dan berkualiti serta kurang dijangkiti penyakit.

Beliau menambah, setakat ini tiga negara menunjukkan minat untuk mengimport buah pisang iaitu China, Korea dan Jepun.

Katanya, semasa lawatan beliau ke China baru-baru ini, mereka menunjukkan minat untuk membeli pisang memandangkan bekalan pisang di negara itu tidak mencukupi terutama semasa musim sejuk.

”Selain pisang, tanaman lain turut berpotensi ialah buah-buahan tempatan seperti durian dan tanaman padi.

”Sementara tasik-tasik yang terdapat di Baram pula kita akan manfaatkan sebagai pusat penternakan ikan sungai seperti ikan keli,” katanya.

Tambah beliau, setakat ini projek memelihara ikan sudah dilaksanakan di Loagan Terikan, Marudi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s