GiatMara latih warga emas, ibu tunggal

Posted: Oktober 27, 2009 in 1

BALING 24 Okt – Pusat GiatMara akan melatih golongan warga emas dan ibu tunggal dengan kemahiran mengurut sebagai antara kemahiran terbaru pusat itu dalam menjana pendapatan sampingan mereka.

Ahli Lembaga Pengarah GiatMara, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, selain itu bidang penternakan ikan keli dan penanaman cendawan turut menjadi fokus pusat itu bagi membantu masyarakat menambah pendapatan sesebuah keluarga.

Katanya, latihan kemahiran yang akan dikendalikan oleh GiatMara itu bakal membolehkan warga emas dan ibu tunggal mengikuti program berkenaan meskipun lanjut usia.

”Inilah salah satu usaha GiatMara untuk mewujudkan lebih ramai keluarga mendapat pendapatan sampingan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penutup Latihan Menjana Pendapatan Bagi Penternakan Ikan Keli anjuran GiatMara Baling di Wisma Ramli di sini semalam.

Seramai 30 peserta menyertai latihan penternakan ikan keli selama enam hari itu. Hadir sama Pengurus GiatMara Negeri, Rusli Abdullah.

Pusat GiatMara memperuntukkan sebanyak RM300,000 sebagai modal awal untuk peserta terbabit mengusahakan ternakan ikan keli tersebut.

Abdul Azeez berkata, usaha menyediakan latihan dan kemahiran seumpama itu bertujuan membolehkan penduduk memaksimumkan penggunaan tanah terbiar untuk diusahakan.

Katanya, latihan tersebut juga sebagai salah satu program pembasmian kemiskinan di kalangan penduduk yang berminat untuk menambah pendapatan mereka.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan para peserta agar tidak bersikap ‘hangat-hangat tahi ayam’ dalam melaksanakan apa sahaja program yang mampu membantu menambahkan pendapatan.

”Kita berharap peserta bersungguh dan yakin projek yang diusahakan mereka akan berjaya,” ujarnya.

Komen-komen
  1. Pak Lah berkata:

    Saya amat tertarik dengan usaha Giatmara Baling melati/memberi kursua keli kepada warga emas dan ibu tunggal. Setidaknya masa dan tenaga mereka yang masih ada dapat dimanfaatkan.
    Usaha ini agar dapat dicontohi oleh giat mara dai daerah2 lain supaya memberi lebih peluang kepada warga emas dan ibu tunggal terlepas dari belemnggu kemiskinan insyallah. dakah kursus pembenihan dan ternakan ikan keli diadakan tahun hadapan Saya warga emas dari Kodiang Kedah berminat menyertainya.
    Trima kasih
    Pak Lah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s