Felcra agih RM650,000 kepada 60 peserta PPP

Posted: Mac 25, 2010 in 1

Che Johan Che Pa (kiri) menyampaikan lembu kepada Abdullah Yusof di Kampung Meranti, Pasir Mas, baru-baru ini.

 

PASIR MAS 27 Jan. – Felcra Wilayah Timur telah mengagihkan RM650,000 daripada RM1.15 juta yang diperuntukkan untuk peserta Skim Peningkatan Kesejahteraan Rakyat di bawah Program Peningkatan Pendapatan (PPP) di negeri ini, tahun lepas.

Pengurus Besar Felcra Wilayah Timur, Mohd. Sabri Said berkata, agihan itu membabitkan kira-kira 60 peserta yang terlibat dalam tujuh projek di bawah skim tersebut setakat ini.

Katanya, seramai 10 orang daripada peserta itu terlibat dalam projek ternakan lembu di kawasan Tendong dan Meranti, 16 orang menternak ikan keli manakala 16 lagi dalam ternakan ikan siakap.

‘‘Selebihnya terlibat dalam projek jahitan, membaiki telefon dan menyediakan kuih tradisional,” katanya di sini.

Menurutnya, terdapat sejumlah peruntukan lagi yang masih belum diagihkan di bawah program PPP yang dikhaskan kepada golongan miskin terutamanya berpendapatan bawah RM720 sebulan.

Justeru katanya, pihaknya akan mendapatkan kerjasama Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Negeri Kelantan, mendapatkan calon bagi menerima bantuan PPP itu.

“Bagi mereka yang berkelayakan untuk menerima bantuan ini boleh mendaftar di pejabat pembangunan persekutuan jajahan masing-masing.

“Kita memenuhi syarat yang ditetapkan, setiap keluarga berkenaan diberikan bantuan RM10,000 bagi melaksanakan projek asas tani antaranya, tanaman sayur-sayuran, ternakan dan pemeliharaan ikan,” katanya.

Menurutnya, Felcra akan turut mempertimbangkan permohonan sekiranya ada di antara mereka yang mahu mengusahakan kedai jahit, salon, kraf tangan, kios serta aktiviti berteraskan perkhidmatan.

Sementara itu, seorang penduduk miskin yang menerima bantuan empat ekor lembu, di bawah program PPP, Abdullah Yusof berkata, dia berbesar hati menerima sumbangan lembu itu.

Katanya, pemberian itu melambangkan keprihatinan kerajaan tentang kemiskinan hidup keluarganya selama ini.

‘‘Saya akan memastikan lembu itu membiak sebelum menjualnya untuk mendapatkan perbelanjaan keluarga,” katanya.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Che Johan Che Pa mewakili Felcra Wilayah Timur menyampaikan lembu itu kepada Abdullah Yusof di Kampung Meranti, baru-baru ini.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s