Geran JKM bantu OKU

Posted: Mac 25, 2010 in 1

MELAKA 26 Nov. – Skim Geran Pelancaran yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat membolehkan golongan orang kurang upaya (OKU) di negeri ini memulakan perniagaan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, geran tersebut hanya boleh dipohon oleh golongan OKU yang mendapat bantuan daripada JKM.

Menurut beliau, geran tersebut bertujuan membantu OKU menceburi bidang perniagaan dan pada masa yang sama melahirkan usahawan baru daripada golongan tersebut.

”Ini adalah peluang terbaik kepada OKU untuk menceburi bidang perniagaan kerana banyak peluang boleh mereka terokai dengan adanya skim geran yang diperkenalkan oleh JKM,” katanya.

Beliau berucap pada majlis Penyampaian Bantuan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Melaka Tengah dan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Bukit Baru di sini semalam.

Turut hadir Penolong Kanan Pengarah JKM, Ismail Baharom, Pegawai PKMD Melaka Tengah, Syaidatul Aini Jefri dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampungku Sayang, Salim Abu.

Menurut Mohd. Ali, antara bidang keusahawanan yang boleh diterokai oleh OKU ialah menternak ikan keli, memproses makanan, membuka kedai runcit, kedai jahitan, menggunting rambut dan sebagainya.

Katanya, geran tersebut boleh dimanafatkan oleh kira-kira 10,078 OKU di negeri ini.

“Dengan adanya geran tersebut ia akan dapat memberi hak dan peluang perniagaan yang sama kepada golongan OKU agar mereka tidak terpinggir daripada sebarang bentuk bantuan yang diterima,” katanya.

Pada majlis tersebut, beliau turut menyampaikan bantuan bulanan kepada 60 OKU, 11 orang menerima bantuan alat bantuan dan 20 orang pelatih PDK menerima elaun bulanan RM300 seorang.

Komen-komen
  1. Ahmad Safari bin Tauran berkata:

    Assalamualaikum?tidak semua OKU dapat sepenuhnya geran ini kerana terhad kepada perniagaan
    di bawah rm 3,000.00.Saya sendiri terlibat dalam perniagaan perkhidmatan disuruh berurusan dengan Tekun atau Mara untuk modal melebihi RM 10,000.00

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s