Strategi anak keli Saiful Lizan menjadi

Posted: Mac 25, 2010 in 1

SAIFUL Lizan Karman (tengah), Husin Yassin (dua dari kanan) dan Khairi Yaacub (kiri) bersama ikan yang membawa kejayaan kepada mereka dalam Karnival Kaki Pancing 1Malaysia yang diadakan di Taman Tasik Titiwangsa, kelmarin.

 

KUALA LUMPUR 8 Feb. – Berbekalkan umpan anak ikan keli, Saiful Lizan Karman dari Kampung Puah, Gombak di sini berjaya menewaskan 1,300 peserta lain untuk muncul juara Karnival Kaki Pancing 1Malaysia sempena sambutan hari Wilayah Persekutuan 2010, semalam.

Dia membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000, piala dan hamper selepas berjaya menaikkan ikan toman seberat 7.2 kilogram (kg) pada pukul 10.11 pagi dalam pertandingan yang diadakan di Tasik Titiwangsa di sini.

Kejayaan itu merupakan yang pertama baginya walaupun sering menyertai pelbagai pertandingan memancing..

Pertandingan anjuran Kementerian Wilayah dan Kesejahteraan Bandar dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM12,000.

Hadiah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Festival Hari Wilayah Persekutuan peringkat Kuala Lumpur, Mohd. Sidek Khalid.

Menceritakan kejayaannya menaikkan ikan toman itu, Saiful Lizan berkata, dia menggunakan umpan anak keli kerana mensasarkan ikan toman yang diketahui banyak di Tasik Titiwangsa.

“Saya hanya mengambil masa 20 minit untuk mendaratkan ikan toman seberat 7.2 kg itu. Saya tidak menghadapi masalah kerana rata-rata pemancing memberi ruang ketika saya bertarung (dengan ikan itu).

“Saya merasa cukup puas dan bersyukur dengan kemenangan ini. Terima kasih kepada bapa saudara saya yang mengajak untuk menyertai pertandingan ini,” katanya.

Tempat kedua dimenangi oleh Husin Yassin yang menaikkan ikan tongsan seberat 4.4 kg untuk membawa pulang RM3,000 dan hamper manakala di tempat ketiga digondol Khairi Yaacub yang menangkap tongsan seberat 3.8 kg untuk meraih hadiah RM1,000 dan hamper.

Selain pertandingan memancing, penganjur turut mengadakan pertandingan bola sepak lima sebelah dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s