Ikan keli air asam tarik pelanggan

Posted: April 30, 2010 in Pelbagai

KUALA KANGSAR 28 April – Pelbagai cara dilakukan oleh para pengusaha restoran atau kedai makan bagi menarik perhatian atau kehadiran pengunjung.

Antaranya memberi tumpuan terhadap penyediaan menu utama dan layanan istimewa kepada setiap pelanggan yang berkunjung.

Bagi Mohd. Sharizat Md. Shah, 27, dia menambat pelanggannya dengan hidangan ikan keli bakar cicah air asam limau nipis.

”Kami telah menyediakan ikan keli bakar dan pelbagai jenis ikan sungai dan laut lainnya sejak restoran ini dibuka 30 tahun lalu,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Bagaimanapun menurut Mohd. Sharizat, permintaan pelanggan terhadap hidangan ikan keli bakar berserta air asam limau nipis adalah antara yang tertinggi berbanding ikan-ikan lain.

Ikan keli yang dijual pula katanya, dalam pelbagai saiz termasuk keli Afrika dengan beratnya hampir satu kilo bagi setiap ekor.

”Tetapi yang sedap dimakan adalah ikan keli sederhana besarnya kerana tidak terlalu banyak lemak,” ujar Mohd. Sharizat.

Ditanya tentang rahsia keenakan ikan keli bakar yang dijual, kata usahawan muda ini, ”Cara kami membakar ikan bukan dengan meletakkannya di atas kuali tanpa minyak tetapi benar-benar menggunakan dapur api kayu arang.”

Dengan harga ditawarkan yang dianggap berpatutan iaitu hanya RM3 bagi seekor ikan keli beserta air asam limau nipis yang dibungkus, restoran tersebut sentiasa dipenuhi pengunjung tempatan dan luar.

Apa yang menarik, restoran keluarga itu turut dibantu oleh 10 adik-beradiknya selain ibunya merangkap sebagai ketua tukang masak.

Berhubung dengan masa depannya, sambil berfikir sejenak, Mohd. Sharizat berkata, paling penting ialah memastikan restoran keluarganya itu terus mendapat sambutan orang ramai.

Komen-komen
  1. Nasir berkata:

    Sy nak jual ikan keli saya.Banyak.ada dalam 2 ke 3 kolam. Budget dalam 3 ke 5 tan.size 456 sampai size giant pun ada.Minat hubungi saya:
    Nasir 019-4763176 / 017-4823176
    Lutfi 019-4588576 / 019-4063993

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s