Banglo klasik Salero Negeri

Posted: Mei 19, 2010 in Pelbagai

 

 

 


 

LEBIH luas dan selesa. Pembukaan cawangan baru restoran Salero Negori di Persiaran Gurney Kuala Lumpur pastinya memberi peluang penggemar masakan Padang dan Negeri Sembilan menikmati makanan kegemaran mereka dalam suasana yang lebih tenang.

Banglo dua tingkat itu menempatkan ruang makan di tingkat bawah, manakala tingkat atas dijadikan ruang pameran perabot antik.

Pemiliknya, Azman Anas berkata, dengan kapasiti lebih 200 pengunjung di ruang dalam, pembukaan cawangan baru itu juga mampu menampung sesebuah majlis perkahwinan sederhana.

“Dalam sedikit masa lagi, kami akan menempatkan khemah di ruang belakang restoran yang luas,” katanya.

Pembukaan cawangan kelima restoran itu juga membuktikan Salero Negori antara restoran masakan Padang dan Negeri Sembilan yang menjadi perhatian pengunjung.

Selain Persiaran Gurney, empat lagi cawangan restoran terletak di Subang Jaya, Kelana Mall, Amcorp Mall dan Taman Tun Dr. Ismail.

Masih mengekalkan hidangan signatur Padang dan Negeri Sembilan, beberapa menu baru turut ditambah untuk menawan pengunjung yang variasi.

Ruang luar dijadikan terminal ikan bakar, salah satu menu baru yang dijangka menjadi tumpuan penggemar. Selain itu, ayam bakar turut tidak ketinggalan.

Masak lemak cili api sememangnya tidak boleh dipisahkan daripada kuisin jenis ini. Variasi seperti masak lemak daging salai, ikan keli salai, pucuk ubi, otak lembu, puyuh dan banyak lagi terdapat di situ.

Ayam kalio dan gulai tunjang juga enak. Tidak cukup dengan itu, dendeng daging, jengkol balado (jering berlada), ayam penyet, keli penyet turut menjadi tumpuan.

Melengkapkan hidangan, segelas jus alpukat dicampur coklat enak dan berkrim. Boleh juga memesan teh botol sosro yang menyegarkan.

Sambil menjamu selera, jangan lupa cuci mata dengan beberapa dekorasi antik pemilik yang meminati perabot jenis itu. Malah beliau juga mengusahakan kedai perabot Kaz Timeless Decor yang terletak di Amcorp Mall, Petaling Jaya.

Ruang dalaman banglo turut mempunyai bilik bagi pengunjung yang mahu menikmati hidangan dalam suasana lebih privasi.

Terletak di laluan yang kurang sibuk, menikmati hidangan di sini pastinya sesuai untuk mereka yang inginkan suasana tenang, tanpa bunyi hiruk pikuk kenderaan lalu lalang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s