Ikan keli tempatan halal, bebas najis

Posted: Mei 19, 2010 in Pelbagai

KUCHING 11 Mei – Penghasilan ikan keli oleh penternak tempatan di negeri ini adalah halal dan bebas daripada penggunaan najis sebagai makanan haiwan berkenaan.

Menteri Muda Pembangunan Usahawan Bumiputera, Mohd. Naroden Majais memberitahu, pengusaha ikan keli di negeri ini menggunakan baja herba dan ikan sebagai makanan kepada ternakan masing-masing.

”Ikan keli yang berada di pasaran Sarawak ketika ini adalah halal kerana para penternak menggunakan baja yang dihasilkan daripada herba dan ikan sebagai makanan utama.

”Jaminan ini adalah melibatkan pengusaha di bawah kendalian kementerian malah kesemua penternak termasuk di sektor swasta juga didapati tidak menggunakan najis sebagai makanan ikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Kursus Keusahawanan Pengusaha Semaian Sawit di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Naroden memberitahu, pengeluar ikan keli di negeri ini berhadapan dengan masalah pemasaran membabitkan jurang keuntungan yang rendah selepas ditolak dengan kos pengangkutan.

Katanya, masalah itu mungkin akan dapat diatasi sekiranya lebih ramai pelabur melabur di negeri ini dengan membuka lebih banyak kilang-kilang seperti pemprosesan omega 3 dan sardin.

”Kemunculan lebih ramai pelabur bukan sahaja akan meningkatkan permintaan terhadap pengeluaran ikan keli malah secara tidak langsung akan meningkatkan harga hasil penternakan ini di pasaran tempatan,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Naroden berkata, ketika ini penternakan ikan keli di Simunjan mempunyai kira-kira 100 kanvas yang mampu mengeluarkan sebanyak 200 tan ikan keli sebulan.

Selain itu katanya, terdapat kira-kira 1,000 kanvas ikan keli yang telah diusahakan di beberapa kawasan seperti Rampangi dan Santubong, namun keluarannya masih belum mencukupi sehingga ke hari ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s