Kobera untuk rakyat miskin

Posted: Mei 19, 2010 in Pelbagai

 

 

 

ALOR SETAR 19 April – Lebih 3,500 rakyat miskin di negeri ini telah menjadi ahli Koperasi Bela Rakyat (Kobera) sejak ia ditubuhkan pada awal tahun lalu.

Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Kedah, Zainun Hamzan Stapa berkata, sehingga kini sebanyak 26 Kobera sudah beroperasi manakala 10 lagi sedang dalam proses penubuhan.

Beliau berkata, Kobera ditubuhkan oleh SKM di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada tahun lalu dengan tujuan membasmi kemiskinan di peringkat akar umbi.

“Ahli-ahlinya terdiri daripada mereka yang memperolehi pendapatan kurang RM1,000 sebulan.

“SKM juga mensyaratkan sekurang-kurangnya 70 peratus ahli setiap koperasi itu adalah mereka yang tersenarai dalam program e-kasih,” katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya hari ini.

Menurutnya, sebanyak 10 Kobera tersebut seperti di Bayu, Guar Chempedak, Sidam, Kuala Nerang dan Jitra sudah menggerakkan aktiviti ekonomi masing-masing dalam bidang penternakan ikan, pertanian dan industri asas tani.

Sebagai contoh tambah beliau, Kobera di Bayu bergiat dalam tanaman cili manakala Kobera Guar Chempedak melaksanakan projek ternakan ikan keli dalam kanvas.

“Melalui kegiatan seperti ini, kita berharap para ahli akan mendapat manfaat selain memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi setempat,” ujarnya.

Zainun Hamzan berkata, Lembaga Pengarah Kobera yang terdiri daripada para pemimpin setempat perlu memikirkan projek yang boleh dilaksanakan bagi meraih pulangan kepada koperasi dan ahli-ahlinya.

Menurutnya, setiap koperasi diberikan bantuan khas sebanyak RM30,000 untuk membolehkan ia memulakan operasi selepas ditubuhkan.

Beliau berkata, selepas itu koperasi layak memohon pinjaman sebanyak RM50,000 tanpa cagaran bagi Kobera melaksanakan aktiviti perniagaan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s