Pelatih PLKN Kem De Bana sertai Bumi Hijau

Posted: Mei 19, 2010 in Pelbagai

JEMPOL 15 April – Pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem De Bana dekat sini hari ini diberi pengalaman baru sebagai ‘petani’ dalam usaha menghijaukan kawasan kem latihan mereka.

Program yang julung kalinya diadakan dalam kawasan kem latihan PLKN itu berjaya menarik minat pelatih dan menjadi tarikan baru di Kem De Bana.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat berkata, aktiviti berkenaan dibuat supaya pelatih yang terdiri daripada remaja itu mengetahui aspek kehidupan tumbuh-tumbuhan.

”Aktiviti ini dapat mendidik pelatih PLKN mendekati bidang pertanian dan menimbulkan minat kepada mereka selepas keluar daripada PLKN kelak,” katanya ketika melancarkan program Bumi Hijau peringkat PLKN De Bana, dekat sini hari ini.

Katanya, program tersebut turut dipantau oleh Jabatan Pertanian negeri bersama kem komandan terbabit.

”Kita berharap, lebih banyak Kem PLKN di negeri ini melaksanakan program Bumi Hijau di kawasan mereka, sebagai satu aktiviti tambahan,” katanya.

Tambah Yunus, setiap pelatih yang terlibat dalam program ini diberikan benih pokok yang cepat membesar, supaya apabila mereka keluar kelak, hasil tanaman itu dapat dilihat oleh pelatih berkenaan.

Antara benih pokok disemai hari ini adalah terung dan bendi, selain benih cili api dan cili besar yang akan diterima kelak.

”Sebanyak 1,000 benih anak pokok cili api dan cili besar akan disumbangkan oleh pihak MARDI dalam waktu terdekat ini.

”Jabatan Perikanan negeri juga telah menyumbangkan lima kolam dan hari ini sebanyak 1,000 ekor anak ikan keli dilepaskan untuk ternakan. Saya berharap, projek pertanian di Kem PLKN akan menjadi lebih menarik,” katanya.

Seorang pelatih PLKN, Mohd. Ikmal Roslan, 18, berkata, dia gembira kerana dapat menyertai program ini.

”Saya percaya semua pelatih di Kem De Bana ini sedang melalui satu perubahan dan pengalaman baru iaitu sebagai petani.

”Saya amat gembira kerana dapat menyertai aktiviti seperti ini dan sudah pastilah ia akan dimanfaatkan selepas keluar dari program PLKN ini,” ujarnya yang berasal dari Selangor.

R. Logarajan, 18, dari Seremban pula menganggap aktiviti ini boleh direalisasikan seandainya peserta itu mempunyai minat.

”Tanpa minat kita tidak akan berjaya melakukan apa sahaja. Ini menambah semangat setiakawan,” jelasnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s