Usah harapkan bantuan, pinjaman

Posted: Mei 19, 2010 in Pelbagai

 

 

 

Muhammad Pehimi (dua dari kiri) melihat ikan keli yang diternak selepas merasmikan Kursus Asas Ternakan Air Tawar di Besut, semalam.

 

BESUT 30 Mac – Golongan petani, nelayan dan penternak perlu mengikis sikap dan budaya menghadiri kursus hanya untuk mendapatkan pinjaman atau bantuan jika mahu berjaya dalam bidang yang diceburi itu.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Muhammad Pehimi Yusof berkata, sepatutnya mereka perlu mendapatkan sebanyak mungkin pengetahuan dan pengalaman dalam bidang yang mereka rancang menerusi kursus yang dihadiri.

Katanya, sikap mengharapkan bantuan dan perhatian kerajaan tidak wajar menjadi amalan kerana tanpa semangat dan keyakinan diri yang tinggi, mereka pasti akan menemui kegagalan.

“Selama ini kerajaan menerusi agensi yang berkaitan telah banyak menyediakan kemudahan bagi memajukan golongan itu namun prestasi yang ditunjukkan belum membanggakan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Kursus Asas Ternakan Ikan Air Tawar di Kampung Limbungan anjuran Kawasan Pembangunan Pertanian Terengganu Utara (IADA Ketara) di Kampung Limbungan dekat sini semalam.

Turut hadir pada program tiga hari yang disertai oleh 25 peserta itu ialah Pengarah IADA Ketara, Mohd. Kaberi Ghani.

Muhammad Pehimi berkata, banyak projek yang diusahakan menerusi usaha kerajaan hanya berjaya pada peringkat awal sahaja dan lazimnya kerajaan akan dipersalahkan jika projek itu gagal.

Menurutnya, inisiatif daripada peserta sendiri amat penting untuk memastikan kejayaan sesuatu projek yang diusahakan dan perlu juga ada budaya menabung, bukannya menghabiskan semua hasil yang diperolehi.

“Apabila dibantu kerajaan, aspek menabung tidak diberi perhatian oleh peserta dan setelah habis peringkat pertama, peserta gagal untuk mengusahakan peringkat seterusnya kerana semua hasil telah dibelanjakan.

“Selain itu, keberkatan hasil seperti membayar zakat tidak boleh diabaikan kerana ia juga merupakan faktor yang menentukan walau banyak mana hasil diperoleh namun masih tidak mencukupi,” ujarnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s