29 miskin tegar jalani projek ternak ikan keli

Posted: September 18, 2010 in Pelbagai

Arifuddin Habib (empat dari kiri) memberi makan kepada ikan keli yang diternak oleh peserta di Kampung Chegar, Tunjang, semalam.

KUBANG PASU 10 Ogos – Seramai 29 peserta daripada keluarga miskin tegar di daerah ini yang tersenarai dalam program e-Kasih diberi peluang menyertai Projek Ternakan Ikan Keli Berkelompok bagi membantu membangunkan ekonomi masing-masing.

Projek yang dikendalikan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) itu bermula sejak seminggu lalu di Kampung Chegar, Tunjang, di sini.

Pengurus Pembangunan Modal Insan dan Pembasmian Kemiskinan Keda, Arifuddin Habibberkata, menerusi projek berkenaan, para peserta didedahkan dengan proses penternakan ikan keli di dalam kanvas sehingga menguasai kemahiran yang diajar.

Katanya, mereka dibimbing dan diasuh mengenai kaedah terbaik untuk menternak ikan tersebut dengan dipantau oleh seorang mentor supaya bukan sahaja dapat menuai hasil berkualiti bahkan dijamin halal dari aspek pengeluarannya.

“Keda akan memantau projek terlibat sekurang-kurangnya untuk tiga pusingan pengeluaran. Setiap peringkat mengambil masa selama tiga bulan agar mereka dapat menguasai kemahiran yang diperlukan untuk menternak ikan keli di dalam kanvas.

“Selepas itu, mereka diharapkan dapat mengembangkan projek berkenaan dengan mengusahakan ternakan ikan keli sendiri di kawasan masing-masing,” katanya pada majlis perasmian projek itu di Kampung Chegar di sini, hari ini.

Arifuddin berkata, selain bimbingan, Keda turut membantu para peserta dengan menyediakan peralatan dan benih serta memberi wang pendahuluan sebanyak RM300 seorang setiap bulan.

Katanya, para peserta mesti berusaha memanfaatkan bantuan yang diberikan itu supaya dapat meningkatkan pendapatan demi masa depan keluarga, sekali gus keluar dari kelompok kemiskinan.

Menurut beliau, menjadi sasaran pelbagai agensi kerajaan Persekutuan seperti Keda untuk mencapai sifar miskin tegar di negeri ini menjelang hujung tahun ini.

“Dengan pelaksanaan projek ini, mereka berpeluang melibatkan diri dalam ternakan ikan yang boleh diterus dan dikembangkan pada masa hadapan bagi menjamin pendapatan mereka,” katanya.

Sementara itu, seorang peserta dari Kampung Chegar, Osman Murad, 38, berkata, dia bernasib baik kerana disenaraikan untuk menerima bantuan memelihara ikan dalam kanvas itu.

Katanya, sebelum ini dia tiada pekerjaan tetap termasuk mengambil upah mengerjakan bendang.

“Terima kasih kepada Keda dengan peluang yang diberikan ini. Saya akan mengambil peluang ini dengan sebaik mungkin untuk mempelajari kaedah ternakan ikan keli supaya dapat menambah pendapatan,” katanya.

Seorang lagi peserta, Hayati Kasa, 54, pula menganggap peluang untuk menyertai projek berkenaan sebagai satu rezeki terhadap keluarganya.

Wanita itu yang berasal dari Kampung Teluk Berangan di sini berkata, dia merancang untuk memperbesarkan projek ternakan ikan keli tersebut sehingga berjaya selepas mendapat segala pengetahuan yang diperlukan nanti.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s